Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 16 July 2012

sembang sorang2 #3

Semalam aku pergi shopping raya. Over. Puasa baru Sabtu ni nak mula ha. Biasalah, Melayu. Eh? Tak rasa ke banyak yang patut jadi ibadah, sekarang da jadi macam budaya? Tengok la sekeliling. Fikir.

Harap puasa tahun ni tak buat benda yang lagho sementara tunggu berbuka. Tak tidur je kerjanya. Tak habiskan masa semata tengok cartoon. Tak membazir, tak terlampau mengikut nafsu kuda ketika berbelanja. Moga pengisian tahun ni lebih berisi keberkatan.

Hari2 hidup aku main dengan budak2. Bergaduh pun ye. Kadang2 dorang berangan jadi orang dewasa. I just dont like the idea. When you are still young, just enjoy the moment. Being an adult ain't easy, ain't fun as you think. Too many things to think, too many hearts to care about, too many problems that need a solution.

Hati aku cepat panas kalau melibatkan 2 perkara. Satu, aku tak suka menunggu. Janji sekian2, aku tunggu tak sampai2. Kalau tak berjanji, boleh maafkan lagi, tapi tetap aku tak suka menunggu. Rasa cepat je nak marah. Boleh rosakkan mood aku. 

Kedua, aku tak suka budak gedik. Gedik yang memang gedik, yang tak comel langsung. Aku tak suka budak mulut celupar dan mak ayah tak reti nak tegur, gelak lagi ada. 'Biasalah budak2'. Dari darjah 1 aku rasa budak2 patut dibetulkan mana yang baik mana yang tak. Melentur buluh biar dari rebung kak. Anak da baligh, baru nak tegur, liatnya kalah dodol salah masak kak oi. Tapi nak tegur biar kena dengan cara, dengan salah, dengan umur. 

Macam mana nak lembutkan hati? Banyak istighfar. Astaghfirullahal'azim. Thats the word. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance