Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 11 July 2012

Sakaratul Maut

"Every soul will taste death" (al-Anbiyaa:35)

Kebelakangan ni, banyak berita kematian aku dengar. Sebabnya sakit, kemalangan, mati mengejut, mati dalam tidur. Ajal; rahsia Allah. Kita tak tahu bila, di mana, atas sebab apa kita akan mati. Aku pernah baca, ajal da ditetapkan, cuma cara mati boleh berubah.

Aku hari2 berdoa supaya aku dan ahli keluarga aku akan meninggalkan dunia ini dengan cukup sifat, dan tidak mengaibkan. Ameen.

Sewaktu makin hampir dengan sakaratul maut, bukan malaikat Izrail je yang datang, tapi syaitan pun datang untuk perdaya kita. Itu janji dia dengan Allah, akan perdaya kita sampai nafas terakhir kita. Kalau kita sukakan harta benda, dia akan datang dengan emas dan segala perhiasan. Kalau saat tu kita terpedaya, maka kita mati dalam keadaan lalai. Nauzubillah

Ada hadis meriwayatkan bahawa malaikat maut akan datang kepada kita dalam dua keadaan;

Pertama, kalau baik amal kita di dunia, dia akan datang dalam keadaan tampan, wangi baunya. Sebelum dia tarik nyawa kita, dia akan bagi salam pada kita, dan tarik dengan penuh kelembutan. (aku impikan yang ini)

Kedua, jika buruk amalan kita, dia akan datang dalam keadaan yang sebaliknya. Muka yang ngeri dan menakutkan. Akan merentap nyawa kita dengan kekerasan, ganas dan laju. (Nauzubillah)

Rasulullah SAW bersabda: Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan 300 pedang (HR Tirdmizi)

Gulp! Baru sengugut aku da bergolek dari depan ke dapur, inikan pulak masa sakaratul maut. Takutnyaa. Ya Allah, temukan aku deganMu dalam keadaan yang baik. Ameen. 

Aku nak pengakhiran kehidupan yang baik. Biarlah dekat dunia susah, dicemuh orang, dipersendakan, janji aku nak kehidupan aku baik 'di sana'. Ameen ameen ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance