Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 20 July 2012

Ramadhan datang lagi! (nada: tora datang lagi)

InsyaAllah, malam esok mulalah kita bertarawikh. Subuhnya mula la tersengguk-sengguk kena jerkah baru segar nak bersahur :) Semua orang tahu bulan ni penuh keberkatan, penuh ye, penuh. Berdoalah semoga bulan ni jadi titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang lebih soleh. Ameen.

Puasa. Bukan sekadar melatih diri dari lapar dan dahaga. Tapi melatih diri untuk menyucikan diri, melatih diri untuk jadikan amalan ibadat sunat sebagai rutin harian. Dalam 24 jam, carilah sedikit masa untuk sekurang-kurangnya baca 1 muka surat al-Quran. Makin lama naikkan, jadi sehari 2 muka surat, dan seterusnya. Masa tu ada, sentiasa ada, kita yang sengaja buat2 tak cukup masa. Update blog ada pulak masa yee? (gulp!)

Dulu bila mak ayah cakap, syoknya Ramadhan, tak sabarnya nak tarawikh. Bila nak dekat raya pulak, ada yang cakap, alaa da tak syok da bila makin kurang suasana bulan puasa. Aku macam erk? Erk? Raya la syokkk! Boleh dapat duit raya, boleh makan sedap2.

Dulu buta, tak nampak ada apa dalam Ramadhan. Bukanlah sekarang aku nampak pahala berterbangan sekeliling aku, tapi makin besar ni, makin faham erti 'keberkatan Ramadhan'. Patutlah ada yang menangis bila tarawikh terakhir. Aku harap Ramadhan tahun ni lebih beri kesan yang mendalam dalam diri aku, dan kita semua. Ameen

SALAM RAMADHAN
Kerjakanlah ibadat sunat sedaya mampu, kejarlah pahala sehabis laju

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance