Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 6 July 2012

nisfu Syaaban

Semalam 15 Syaaban. Tutupnya buku lama, bukanya buku baru. Harap2nya buku kali ni lagi bersih dari dosa berbanding buku sebelum ni. Ayuh berusaha ke arah itu. Ayuh! Insyallah.

Semalam aku dengan Ros puasa. Ibadah wajib pun terkial-kial, harap boleh tampung dengan ibadah sunat. Jadi, kitorang cadang nak bukak puasa sama2. 

Lebih kurang pukul 6, Atiqah mesej aku cakap dia ada kat sini. Aku ape lagi, terus ajak dia join kitorang berbuka. Bukan senang nak jumpa minah seorang ni, bermastautin nun jauh di Petaling Jaya. Aku pergi ambil dia kat Beluru, rumah makcik dia. Makcik dia cadangkan makan dekat Sayong, sedap sangat katanya. Lepas tu aku pergi ambil Ros kat Chandan.

Lepas solat Maghrib, kitorang hentam la cari kedai makan tu sebab aku tak pernah pergi. Alhamdulillah, nampak signboard nama kedai tu. Dengan penuh konfiden dan perut mintak diisi 3 pinggan nasi, kitorang masuk simpang tu walaupun jalan agak gelap. 

Baru 500m gitu, sekali aku nampak KUBUR kiri kanan. Dengan berhati-hati aku memberi salam 'Assalamualaikum ya ahli kubur'. Tak tahu kenapa fikiran kita ni takut dengan kubur. Padahal kita ke situ jugak akhirnya. Mungkin kubur sinonim dengan hantu. Padahal hantu asalnya dari syaiton. Kalau ikutkan syaiton kat sebelah aku pun ada sekarang, ye dak ton? 

Sekali kawan aku cakap aku terlepas simpang. Aku pun u-turn la balik. Nak masuk simpang yang dimaksudkan tu, memanglah betul2 sebelah kubur. Bayangkan, dengan takde lampu jalannya (pejam mata, bayangkan sekarang!). Aku berhenti dekat persimpangan jalan. Aku tak nampak apa2 dari arah depan. Aku high beam kan lampu. Alhamduliilah tak nampak benda yang pelik. Cuma jalan tu muat2 kereta je, dan bersepah dengan pokok pisang tumbang. So creeeeeepyyyyyyy. Lampu jalan takde, jalan berserabut, kiri kanan kubur, dan sunyiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kaki aku da rasa tak pijak pedal. Kereta kitorang je pulak tu ada kat situ.

Aku tanya dorang 'Nak teruskan ke nak patah balik?'. Dorang laju2 jawab 'patah balik! patah balik'. Aku terus mengundur dan keluar dari kampung perkuburan tu. Da lupa rasa lapar semua, rasa nak balik nyorok bawah selimut ada la. Da sampai jalan besar kitorang semua gelak dan macam2 ayat keluar. 

Ros, Weh sekali sebenarnya simpang tu tak wujud pun, dah la malam Jumaat.

Tiqah, Time Nadia high beam tadi aku da cuak gilaaaa, terkeduu, boleh pulak dia pergi high beam

Aku, Baik kau tanya balik makcik kau Tiqah, wujud ke tak sebenarnya kedai tu hahahha

Kitorang putuskan nak makan kat Cafe Gate je. Nampak cafe tu terang benderang baru terasa lapar balik. Balik tu aku cerita kat mak aku pengalaman megerikan tu. Mak aku syak kitorang salah jalan. Sekali makcik Tiqah pun cakap kitorang salah jalan. Fuhhhh, nasib baik tak berani unta redah masuk dalam tu. Kalau tak mahu hari ni keluar muka surat depan Metro '3 jelitawan hilang tak berjejak di hari yang penuh barakah'

Apa2 pun seronok sangat luangkan masa dengan dorang. Ros dengan Tiqah baru pertama kali jumpa, tapi satu kapla! Geng, nanti kita jumpa lagi. Nak cuba makan kedai kat Sayong tu jugak tak? hueuehuehue

Begitulah ceritanya Nisfu Syaaban kami.

Ayuh doakan untuk kita jadi hamba yang lebih bertakwa. Dan err tak takut pada kubur.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance