Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 18 July 2012

masyarakat kita

Masyarakat kita termasuklah aku, kau, dia, Mak Jem, Pak Dol, dan mereka yang lain2.

Masyarakat kita, kalau orang lambat kahwin; 'Da lanjut betul umur dia, tak laku2 lagi yek? Memilih sangat agaknya'

Masyarakat kita, kalau orang kahwin cepat; 'Baru habis SPM da kahwin anak Mat tu? Biar betul? gatal sangat keee'

Masyarakat kita, kalau orang dapat anak setahun sorang; 'Uish bukan baru tahun lepas mengusung perut jugak ke? Takde kerja lain agaknya'

Masyarakat kita, kalau yang da kahwin tak dapat anak; 'Kahwin da dekat 10 tahun ye Minah tu, kenapa la tak dapat anak lagi, kalau ada da masuk sekolah pun, mandul kot yeee'

Masyarakat kita, kalau da habis belajar tapi tak kerja2; 'Da setahun aku tengok si Mat tu menganggur, tak reti2 cari kerja ke? Tu la dulu suruh ambil kos lain nak jugak ikut minat dia, ni la jadinya'

Masyarakat kita, kalau seseorang tak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi; 'Apa nak jadi agaknya Leman tu tak belajar, jaga lembu la sampai ke tua rasanya'

Semua tak kena, ini tak kena, itu tak kena. Pagi petang siang malam ada je nampak buruk orang. Apa ingat Allah hidupkan kita kat dunia ni nak mengata orang je ke? Ke macam mana?

Faham tak konsep rezeki? Faham tak konsep takdir? Tak Faham? Pergi belajar. Kau ingat dorang mintak semua tu? Walaupun memang ada salah dorang, tak payah la mencela.

Aku ada terbaca satu ayat. Tapi aku lupa sumbernya. Isinya lebih kurang;

'Tak akan mati seseorang sebelum celaannya terhadap orang lain terkena dirinya sendiri atau ahli keluarganya'

Gulp! gulp tak? gulp tak? Aku pernah kena, aku pernah rasa. Its like karma. No no no, not kurma (amboi2 mentang2 da nak puasa), karma. Karma is a Buddhist theory if I'm not mistaken. It is like, what you give, you get back. Kau mencela orang, kau kena balik. Aku pernah mengata orang (jujurnya), akhirnya aku kena setepek. Pastu malu sendiri, dulu kemain riak mengata orang, macam maksum sangat tak kan buat dosa yang dikata. Ha amek kau sekali Allah nak tunjuk, terduduk. 

Aku tak kata sekarang aku tak mengata orang langsung. Tapi aku cuba, aku cuba, aku cuba elak. Kadang2 saudara sendiri mencela orang, kadang2 tanpa sedar diri sendiri mengata orang sesedap mulut tanpa sedar. 

Nabi suruh orang perempuan banyak beristighfar sebab baginda tengok dalam neraka, kebanyakannya perempuan. Dan salah satu sebab masuk neraka, sebab jahatnya mulut. Astaghfirullahalazim. Aku tak kata laki tak mengata orang, mungkin dorang mengata dalam hati :P Tapi perempuan ni jelas dan nyata suka mengumpat. Jauhkanlah aku dan ahli keluargaku, dan rakan2ku dari bersikap begitu ya Allah. 

Lidah itu lagi tajam dari mata pisau

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance