Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 July 2012

Kerna sayangggg

Majority kesedihan dalam dunia ni berpunca dari sayang. Boleh cakap takde sebab lain sebenarnya. Sedih atas kematian, sebab apa? Sebab sayang si mati. Sedih kena berhenti kerja, sebab apa? Sebab sayang kerja tu dan rakan2 sekerja. Sedih kena cerai dengan laki sebab laki ada perempuan lain, sebab apa? Sebab sayang lagi kat suami. Kalau kita tak sayang, kita takkan sedih. Sedih tu antara lama dengan kejap je (ikut pada individu)

Nak sentuh sikit isu penceraian. Ewahhh kahwin pun belum. No, it's just my humble opinion. Bagi aku bercerai hidup lagi sedih dari bercerai mati. Bercerai mati sekurang-kurangnya kau boleh bangga nafas terakhir dia cintakan kau (kenapa ayat macam novelis jiwang?) Bercerai hidup terutamanya sebab laki kau nak kahwin lain sakit ooo. Memang aku tak pernah rasa sebab aku belum kahwin. Tapi logik la, da kau berkongsi bantal, pinggan, selimut, anak, tak kan suami nak kahwin lain tak sedih kot? Ye dak? Mintak dijauhkan Allah.

Aku tak suka sedih lama2, buang masa! Terutama nak sedih untuk orang yang tak penting. Setakat sedih kejap tu normal la, tak sedih langsung karang cakap aku tak berperasaan pulak. In life there is something that we must let go. That is life, nothing is permanently ours! Semua pinjaman, dunia pun pinjaman je. Satu je tak kan hilang, mencintai Allah sebab Allah tu hakiki, tak kan hilang. Bukan aku tak bagi cinta kat mak ayah. Gilo apo? Just we need to always remind ourselves that nothing last forever here. There is another 'world' that we will live our life forever there. There is one point in life, that we will lose everything that once belong to us - death.

Allah berfirman;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah al-Baqarah: 216)

Allah sinonimkan ayat ini dengan perang. Siapa suka perang? Melibatkan pertumpahan darah, nyawa melayang. But in Islam wars did happened. Sekarang pun ada terjadi. Perang tu perlu untuk mempertahankan agama kita yang suci ni. Obviously it is for our own good, right?

Makanya, janganlah berada dalam kempompong kesedihan terlalu lama, berkabung sampai tak makan pagi petang, sampai memudaratkan diri sendiri. Semua yang Allah lakukan, berhikmah. Have faith with Him.

Setakat putus cinta tu, hek eleh apalah sangat. Da sedih kejap, kau jentik je dia dari ingatan, sebelum tu maafkan segala salah silap dia. More or less some of the reason that love didn't work out because of yourself. Cakap senang la kan? But you must try! Cabar diri sendiri. Bagi aku senang la kot, sebab aku ego walaupun dengan diri sendiri muahahha. Buat apa nak sedih lama2 padahal aku boleh bergelak ketawa? Buat apa nak sedih untuk orang yang ternyata tak boleh hidup dengan kau da? Buat apa bersedih sampai bengkak mata padahal dia yang rugi tak dapat kita? kah kah kah. Hidup perlu konfiden yang Allah akan sediakan hanya terbaik untuk kita. Maka yang da berlalu pergi tu, simpan je lah sebagai kenangan dan pelajaran. Tapi nak yang terbaik dari Allah, kita dulu kena berusaha jadi hamba yang baik untuk Dia :)

Kawan baik aku semalam whatsapp aku;

Kemuncak kejayaan seseorang dalam beragama adalah mahabbatullah atau cinta kepada Allah.

Thank you sahabat :). I love you, lillah. Ayuh menggapai cinta Allah, sebab selepas itu cinta lain akan menyusul. InsyaAllah

Thank you my Lover for this grateful life :)

*Nak bagi bakal suami aku baca novel Cinta High Class nanti, bab monogami. Errrr.. Hahahaha. Kalau dia tak minat membaca, aku suruh mak dia atau mak aku bacakan untuk dia haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance