Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 11 July 2012

janganlah diri ini menjadi fitnah kepada agama

Entri ni mungkin akan menyinggung sesetengah pihak. I just expressed what I feel, no offences. 

Dulu aku jahil. Aku tak kata sekarang aku ahli syurga. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi peluang yang entah keberapa untuk lebih mendekati Dia.

Dulu aku solat, bukan tak solat. Boleh dicakapkan, kalau ikut penuh ke tak, dari tingkatan 1 aku solat penuh sebab duduk asrama. Ha nampak sebab apa? Dulu muda2 takde kesedaran lagi. Asal cukup solat da rasa beriman habis, da rasa boleh masuk syurga ikut pintu mana aku suka. Puasa pun penuh kecuali uzur. Inilah orang Islam namanya (?)

Tapi pengisian solat macam mana? Pakai aci redah je, nak cepat habis. Dah la nak cepat habis, masa solat tu la fikiran menerawang, merencana nak buat apa lepas solat, susun jadual dunia dalam solat. Bagus2!

Baca quran pun time ada tilawah al-Quran waktu bulan Ramadhan je agaknya. Macam lirik lagu  Manusia Lupa; Takwamu pula-terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca.

Mungkin sebab kita da terbiasa membesar dalam kehidupan 'Melayu' bukan 'Islam'. Islam is the way of life, not Malay. Ada kebiasaan yang da menjadi adat dalam masyarakat kita, yang da tak dianggap sebagai dosa. Aku pernah jadi salah sorang dari kelompok tu. Sekarang, aku berusaha keluar dari tengah2 jutaan manusia dalam kelompok tu. Payah, nak berasak keluar, ibarat melawan arus. 

Just imagine you are in the middle of this group, who wants to find the way out. It ain't easy, nobody will say it is easy. Only strength and courage can make us out of this crowded. 
[pic: google]

'Dia tu Islam, tapi mengata je orang'. 

'Kata Islam, tapi kenapa pakai baju macam kitorang yang bukan Islam'. 

'Dalam Islam tak payah sembahyang ae? Tak pernah pun nampak kau sembahyang. Agama aku pun ada upacara sembahyang'. 

'Apa beza kau dengan aku? Sama je aku tengok, bukan ke kau yang selama ni teman aku masuk keluar disko, kacau semua perempuan?'

Aku tiada kekuatan untuk berdakwah secara terang-terangan. Ilmu aku cetek, masih gagap macam budak baru belajar bercakap. Tapi aku cuba untuk perbaiki akhlak aku, supaya aku tak menyebakan fitnah dalam Islam. 

Dunia cuba menindas Islam. Sebab tu walaupun tu salah kita, Islam tetap dipersalahkan. Walaupun dari bayi kita da diterapkan dengan ajaran Islam, tapi salah kita sendiri da besar tak mendalaminya. Jagalah nama baik agama kita. Aku pun sedang berusaha ke arah tu. InsyaAllah. May Allah ease our way.

Nak mulakan satu2 amalan memang payah, tambah2 kita tak biasa. Tapi memang ada benda kita kena paksa diri kita buat. Alah bisa, tegal biasa. Cuba amalkan 40 hari tanpa henti, InsyaAllah bila tak buat kita akan gelisah. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance