Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 25 July 2012

bakal ibu gemilang

Sejak puasa ni, pagi2 kerja aku tolong mak siapkan tempahan biskut raya. Duduk la dari pukul 9pagi sampai pukul 12 tak bergerak-gerak. Komited kan? haha. 30% dari proses boleh dikatakan aku buat. Mak buat 40%, adik 30%. Fair enough hehe. Pagi tadi buat biskut sarang semut.

Tengah hari tadi aku pergi Sungai Siput nak uruskan proses pindah sepupu aku dari Putrajaya ke sini. Mak dia ada kursus, maka atas dasar kasih sesama insan, aku tolong la uruskan. Da aku je yang cuti dan boleh memandu. Renyah urusannya, aku asyik ulang alik Kuala Kangsar-Sungai Siput je. Pergi PPD kata kena cop sekolah, pergi sekolah kata kena cop PPD. Apa ingat aku terbang apa ke sana sini?

Lepas tu aku pergi hypermarket, beli barang2 dapur sikit. Maksu pesan beli ikan la udang la. Aku buat muka konfiden, padahal baru pertama kali aku beli barang2 tu sorang2. Aku bukan kenal sangat jenis ikan (jujur).

Maksu : Nadia, tolong beli ikan temenung
Aku : Eh janganlah maksu, karang Nadia yang termenung nak cari mana 1 ikan tu hahaha

Ha gelak2. Aku kenal ikan keli, pari, kembung, sardin, terobok, siakap, tongkol, merah je kot. Ha dengan dolphin, siapa tak kenal binatang comel ni memang patut ada account Tumblr. Yang lain haremm haha. Maksu suruh beli udang sekilo. Aku mana la tau sekilo tu berat mana, aku agak2 je la. Aku rasa cam da berat, aku pergi la timbang, sekali tengok 600g baru. Nak cover macho punya pasal, beli je la 600g je huahuahua.

Ini la kot hikmah aku tak bekerja. Boleh tolong orang. Alhamdulillah. Bukan orang lain pun, sedara aku jugakkk. 

Sejak duduk rumah ni, banyak aku belajar. Aku rasa aku boleh jadi isteri dan ibu yang gemilang hahahaha. Selamat bersahur people :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance