Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 27 June 2012

sembang sorang2 #2

Assalamualaikum semua. Ya aku masih hidup! (hidung kembang kempis bernafas) Duduk rumah jee, kemas rumah sempena raya yang bakal tiba (?). Kami sekeluarga berazam (berdiri tegak, tangan kanan angkat untuk ikrar) taknak ulang tragedi 5 tahun berturut-turut sebelum ni, yakni malam sebelum raya baru macam orang baru pindah rumah nak berkemas.

Duduk rumah aku rasa tenang (Alhamdulillah), banyak masa terluang, takpayah fikir esok nak pergi kelas pakai baju apa, kerja mana yang tak siap lagi, tutorial ada ke tak, nak makan apa pun jadi masalah. Kat rumah sonang, hari2 ada je makanan depan mata, tunggu dingap je.

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda: Dua nikmat yang kadangkala manusia terpedaya dengannya adalah waktu sihat dan masa lapang.

Taknak lah jadi manusia terpedaya. Makanya, aku ambil beberapa jam dalam sehari untuk membaca. Mesti korang ingat aku baca komik kan? haha. Taklah (kadang2 je nak baca pun :P), aku baca buku2 yang boleh buat aku rasa berguna, boleh buat aku rasa nak jadi semakin baik, buat aku rasa tenang dan bersemangat, and which can improve my language skill :)

Tapi banyak masa aku melayan budak2 kat rumah ni. Macam2 umur, macam2 kerenah, macam2 gelagat. Paling menjadi tumpuan haruslah Arissa dengan Haziq. Dua2 gelak bila diagah ataupun nama dorang dipanggil. Auwww so sweet, so cheeky, so innocent, so adorable :) Penyejuk jiwa dikala rasa nak buat renjatan elektrik kat kakak2 dan abang2 dorang yang nakkkkaal!

Hi I'm Haziq and the baby who is whiter than me is my cousin, Arissa :)

Makin besar, makin menguji kesabaran budak2 ni. Ada yang menyakitkan hati, ada yang rasa nak tergelak. Tapi dengan dorang la aku praktis untuk jadi lebih penyabar. Aku ni boleh tahan darah panasnya. 

Macam petang tadi, aku tengah lepak luar rumah tengok budak2 ni main. Tiba2 Hadif (4 tahun), datang kat aku, pegang tangan aku sambil baca surah An-Nas. Habis je dia baca, dia cakap 'keluarlah segala syaitan dari badan kamu' -_-'' Tiba2 ok, tiba2! Sentap beta. Kuangsam punya budak. Pastu dia berlari-lari dekat laman rumah macam takde apa2 berlaku haha. Sabar je la aku, mana dia belajar ntah.


Ini Fatini budak garang. Ada orang kat KFC panggil dia abang. Tanpa rasa malu dia pergi jerkah orang tu 'Kakak la!'. Da perangai macam jejantans, siapa la nak cakap kamu perempuan Kak Ngah -_-''. Hari tu aku dengan adik aku sakat dia, panggil dia abang. Terus dia mintak pakai tudung, sambil cakap tanpa henti 'saya perempuan, saya perempuan' HAHA. Pakai tudung tapi pakai seluar pendek :P

Doakan aku baik2 saja disini :)


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance