Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 18 June 2012

Pulau Pangkor

Aku rasa paling akhir sekali aku pergi Pulau Pangkor sebelum aku baligh agaknya haha. Kebetulan ayah ada kursus minggu ni, kami apa lagi, tumpang seluruh badan ikut ayah pergi kursus. Ayah serabut dengar kursus, kitorang bersuka ria tanpa rasa bersalah haha

Hari Jumaat bertolak dari rumah pukul 11 macam tu. Terus pegi Lumut, naik dari jeti sana. Murah ok tambang feri, RM10. Pergi balik tauuu, bukan pergi je. Ke aku sorang rasa murah? Sampai sana da nak dekat pukul 3 kot. Lepas jamak takhir, terus jalan2 tepi pantai, tanya harga nak pergi snorkeling berapa hikhikhik.

Dalam feri. Bosan2 main dengan spek adik huehuheu




Pagi sabtu lepas Subuh terus siap2 nak pergi snorkeling. Semangat kan? Biasalah, pertama kali dalam hidup hueuehuhe. Naik boat kecil, abang tu bawa pusing2 pulau kejap dan dia tinggalkan kami kat Pulau Giam untuk snorkeling. Dia bagi lifejacket dengan goggle.RM10 seorang jugak, aku rasa Pangkor patut tukar nama jadi Pulau RM10. Kalau nak balik pandai2 la korang berenang ke tepian hahahha. Taklah, kalau nak balik telefon la abang tu. Tak kuasa dia nak tunggu korang jakun snorkeling kat tempat berak dia kah kah kah. Adik aku pergi tanya soalan sengal 'kat sana ada line ke bang?' -_-'' Buat malu kampeni jeee. Tengok gambar atas ni, belakang aku ada nampak pulau kan? Ha kat situlah :)

Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk meneroka hidupan dibawah laut Dia. Hahaha ayat aku macam aku scuba diving je kan? Subhanallah, cantik pemandangan walaupun air takdelah sejernih Bora2 Island tu. But still it was amazing experienced for me :) Ikan tak banyak jenis, tapi mereka sangatlah comelll. Warna biru kuning, kelabu, coklat. Kalau bagi roti siap goggle2 kau pun ikan tu mmuahhh mmuahhh kan hihi omeyyy omeyyyy. Kaki pun dia  gigit, kaki kan warna roti (eh?)

Tengah aku bajet2 perenang iklan milo, tiba2 ada satu suara jerkah 'oi siapa tendang aku?' Aku terus 'sori2 bang, tak sengaja' hahaha. Terus dia termalu, sebab aku rasa dia ingat kawan2 dia haha. Terus dia cakap 'hehe takpe2'. Nasib baik dia tak rendamkan kepala aku dalam laut tu. 

Setiap kali menyelam, aku tengok aiii jauhnya dasar laut. Kalau tak pakai lifejacket dasarrr aku balik jadi mayat jawabnya huahuahuahua. Kadang2 rasa tak stabil jugak walaupun ada lifejacket, nasib baiklah ada adik tinggi buluh, dialah tempat kami berpaut walaupun selama ni rasa nak tebang je dia haha

da macam bababa babanana 

jangan sangka tak reti berenang tak boleh snorkeling hehe

Tengah hari tadi balik la. Entah bila nak pergi lagi. Aku cadang nak pergi Tioman atau Redang pulak. Walaupun waktu snorkeling rasanya tertelan air laut tahap kalau dikumpul boleh buat mandi wajib, tapi aku tak pernah menyesal untuk cuba di pulau lain pulak :) I'm a nature lover :)

Spend quality time with family is the most awesome thing for me. Bergurau senda, bergelak ketawa tanpa memikirkan masalah dunia :) Even it was just a short vacation, but it meant a lot. I hope I'll experience it more. I love my family too much. Thank You Allah for all this, even infinity thank you never enough.

jejak aku di Pangkor hehe

you know my name. but not my story 

Subhanallah

Till we meet again, Pangkor :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance