Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 20 June 2012

life is a game

Aku suka main game bila ada masa lapang. Kalau takde sangat masa lapang, aku lapangkan jugak masa aku haha. Contoh bila tengah belajar, da habis 1 bab aku belajar, aku akan main game 1 level, da habis 1 level, aku sambung belajar 1 bab balik, eh tidur dulu sejam la haha. Baru seimbang dunia akhirat orang kata hehe. Game dunia, belajar insyaAllah dapat pahala untuk akhirat tehee

Aku ni jenis orang yang menganalisis dan memerhati dalam diam. Acee bunyi macam sedap, padahal dalam otak macam2 benda bercelaru. Bila main game, aku dapat kaitkan game dengan kehidupan kita. 

Fokus dan tujuan
Dalam game kalau kau tak fokus, memang kena tembak dengan komunis muka petak la jawabnya. Fokus pada corak permainan, fokus pada skrin. Perhatikan dengan teliti setiap pelosok game supaya bila ada yang serang, kita da bersedia. Kenal musuh kita. Kalau main game racing, fokus pada selekoh2, kereta yang datang dari depan, kereta yang saat akhir baru pandai bagi signal (like Malaysians) supaya tak terlanggar.

Benda ni penting, sebab kita ada tujuan. Tujuan kita nak menang, nak naik ke level seluruhnya, nak riak dengan teman sepermainan keke. Kalau tak fokus alamatnya baru 20saat main da GAME OVER.

Macam tu jugak kehidupan. Kita kena fokus, kita kena tahu tujuan hidup kita. Kalau takde tujuan, kita tak kan tahu nak fokus yang mana. Kalau nak masuk syurga, belajarlah agama sedalam-dalamnya, amalkan amar makruf nahi munkar, fokus pada tuntutan agama. Kalau kau memang bercadang nak masuk neraka, ha fokuslah pukul berapa nak masuk disko, berapa botol beer nak togak, berapa orang nak bunuh dalam sebulan. Gitewww

Kita kena tahu selok belok kehidupan, penipuan2 dunia. Kita kena tahu siapa musuh, siapa boleh buat kawan. Fokus pada tujuan hidup. Hidup tanpa tujuan ibarat game yang takde level (peribahasa baru). Buat apa kau main kalau tak kan naik ke level seterusnya. Buat apa kau hidup kalau taknak masuk syurga?

Peluang
Dalam game banyak peluang yang kita boleh ambil, antara nampak dengan tidak je. Kadang2 dia bagi free bom, kadang2 kena kejar ikon jam supaya masa dipanjangkan, kadang2 dia bagi hint macam mana nak selesaikan game tu. Sebab tu kita kena fokus!

Macam tu jugak kehidupan. Banyak sebenarnya peluang kita dalam dunia ni, kita je tak nampak atau buat2 tak nampak sebenarnya. Selagi hidup, Allah sentiasa bagi kita berpeluang nak bertaubat, walaupun dosa kalau dikumpul-kumpul penuh antara langit dengan kerak bumi. Tapi kita tak nampak peluang tu.

Kadang2 Allah bagi hint. Dia sakitkan kita, koma berbulan-bulan, tapi Dia sembuhkan balik, tak tarik nyawa kita lagi. Tu pun kadang2 kita tak sedar lagi. Da sedar dari koma bukan nak cakap Alhamdulillah, lek luu sapp kok luu (relaks dulu, hisap rokok dulu). Hancus2!

Dalam game mungkin senang, ada kawan2 tolong jerit 'tu weh tu, amek menatang tu'. Kalau dalam dunia sebenar, kalau ada kawan2 sedarkan Alhamdulillah, kalau takde, kita kena cari peluang tu sendiri. Peluang kita nak mendekatkan diri dengan Allah, sentiasa ada, sentiasa terbuka, sentiasa.

Time is up
Bila masa tamat, kalau kita masih tak capai matlamat kita main (nak menang) mesti rasa ralat, rasa rugi, rasa buang masa, kadang2 meradang pun ada, nak campak handphone pun ada (over)

Macam tu jugak kehidupan, kalau kita tak buat apa yang Allah suruh dalam hidup, sampai masa kita tamat, time ni baru rasa nak menyesal tak buat2 benda baik dalam hidup, ghentikan (hentikan) le mannn. Da tak boleh nak buat apa da.

Beza game, bila nak habis masa dia bagi amaran 'beep beep beep'. Kalau hidup? Untunglah kalau dapat amaran. Tapi kalau dapat pun, tak cukup punya masa kau nak kejar balik semuanya nak bagi menang.

Untungnya game, ada REPLAY. Hidup? Non hadooooooooooo! 

Penipuan
Tipu siapa yang tak pernah main tipu dalam game hahaha. Sekarang penipuan di hujung jari. Download je sana sini segala trick yang ada, macam mana nak bagi menang, macam mana nak tambah markah, macam mana nak kejar peluang dalam masa yang singkat.

Menang memang menang, tapi atas usaha kau ke?

Macam tu jugak kehidupan. Nak kaya, merompak. Nak lari dari kesalahan, rasuah. Nak dapat tender, menipu. Tapi berkat ke hidup?

Biar mati dengan usaha, jangan menang dengan penipuan. Boooo!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance