Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 10 June 2012

dari kecik 'boleh la' adalah jawapan kegemaran

Since I was young, if my mak asked 'how was your exam, can do or not?', I will answer it with full confident 'can laaaa'. Boleh boleh hangguk kauu haha. Bila tengok result boleh bla la kau dari Universiti ini perumpaannya. 

Tak suka bagi mak kecewa sebelum dapat keputusan walaupun MakAyah aku cool sebenarnya. Ayat ayah lagi sentap 'ikut kamu la nak dapat keputusan macam mana, masa depan kamu, tengah ayah hidup boleh la bagi kamu makan, kalau ayah takde nanti?'. Ayah, rezeki kat tangan Allah kekeke. Aku tahu apa maksud ayah, dia risau kalau keputusan teruk nanti susah dapat kerja. Takpe ayah, Nadia janji Nadia kahwin dengan orang kaya ngahahhahaha Ayah mana yang tak risau masa depan anak2 dia kan? Anak perempuan pulak tu. Cantik pulak tu.  T_____T

Keputusan aku takdelah memalukan sangat, tapi nak kata membanggakan tu memang jauh panggang dari pungguk yang rindukan bulan lah. Susah wooo kerja2 menghafal ni. Hafal bab 2 lupa bab 1, hafal bab 3, tercampurkan dalam otak bab 1 dengan 2, makanya tak payah hafal bab 4, buat benjol otak je, kita serahkan pada kuasa menggoreng haha.

I just can't understand, why we can't do open book test? Yang hampa bangga sangat dengan U kat Oxford kat Harvard semua tu depa open book test baq ang! Terkenal je seluruh dunia. Why? Because they do more practicals than memorize all theories which will be gone like a wind, exactly after lecturer said 'STOP WRITINGGGG!'

Yang aku menghafal bagai nak gila semua kes nama merapu, nama ikan kerapu lagi sedap tu, nanti aku praktis aku bukak buku jugak nak rujuk balik. Bukannya kat mahkamah kau kena bentang kes depan hakim dengan menghafal semua jadah tu, berkerut-kerut muka nak bagi ingat balik (kalau macam ni, dari orang tu tak bersalah mahu kena hukum gantung sebab hakim menyampah tengok muka peguam yang macam sembelit). Ada buku beb, ada buku! Aplikasi lebih penting dari hafalan.

Da la bagi 3 jam je. Nak jawab 8 soalan essei. Mana nak berangan lagi, nak ingatkan balik, nak rencana dalam otak macam mana nak aplikasikan lagi, nak ushar pengawas periksa lagi. Tu muka masing2 dari awal periksa sampai habis macam muka tak siap. Pakai gincu kat pipi pun ada tau (tipuu jeee haha. Karang baru sesi kemasukan bulan 9 ni takde pelajar undang2 huahuhaua)

Da rasa da habis usaha da ni, tidur pun sebelah nota. Dengan harapan domo boleh ceritakan pada aku time aku tidur (scary woiii, campak domo bawah katil). Sekali bila result keluar.................demmmm! Bukan patut boleh dapat 4 flat ke? kah kah kah. Jangan beranganlah Beron kalau kau nak hafal 4 bab 1 malam pastu terus nak dapat 4 flat. Jangan berangannnnnnnnnnnnnnn. Hentikannnnnnnnnnnnnnnnn

Apa2 pun tahun ketiga aku sudah hampir kepenghujungya. Alhamdulillah, takde yang terkandas lagi :) Hope everything will be smooth till the end of my journey here. Ameennn 

Wahai ahli dunia dan ahli langit, Jumaat ni aku balik woiiiii! Mwa hahahaha

*Nabi Muhammad SAW akan khatam al-Quran setiap 3 hari (aku 3tahun tak tentu habis T__T). Padahal bagindalah pemimpin, bagindalah bapa, bagindalah suami, bagindalah sahabat, bagindalah Imam, bagindalah segalanya. See, how our beloved prophet could still managed his time between dunia and akhirat? Makanya Nadia jangan banyak merungut macam kau seorang je tak cukup masa. Allah bagi adil semua orang 24 jam sehari, tak kurang tak lebih.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance