Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 12 June 2012

Company Law

Sebelum maghrib ni mari buat segmen meroyan bersama Cik Kiah pulang petang. Tadi aku jawab paper Company Law. Aku tak tahulah aku yang bengap ke belajar tak berkat ke apa entah, susah sangat nak ingat. Semua masuk 7 bab! Corporate governane, corporate officers, corporate disclosure, voting power, scheme of arrangements, bankruptcy and winding up. Ye tajuk utama je dapat hafal dengan jayanya, tajuk kecik2 pun kecundang :( Tapi subjek ni memang susah benar nak menghafal. Aku usaha selagi mampu, da tak larat sangat aku tidur jee haha

Masuk dewan periksa, aku baca soalan. Tercengang. Macam tak pernah belajar. Sampai ada tahap aku rasa nak keluar je tak nak jawab. Entah apa aku jawab pun aku tak tahu. Aku rasa subjek ni paling teruk aku pernah lalui selama 4 tahun belajar kos ni. Memang tak lah aku nak jadi penasihat undang2 untuk syarikat. Kalau nak tolong lingkupkan yee boleh mintak perkhidmatan aku haha. 

Keluar je dewan periksa, dalam hati aku hanya 'Ya Allah, lulus pun jadilahh'. Bak kata kawan aku, siapa dapat A subjek ni bukan manusia kah kah kah. Nasib baik bukan aku sorang yang rasa teruk gila. Kita memang akan lega kalau orang lain ada sama rasa dengan kita kan? Rasa selamat gituuu haha

I kan manjaaa, I mengadulah kat kesayangansss I. They give a very wise advise that make me feel calm. Thank you sahabat, you know who you are :) After the hard work (hard?really?sure?), now is the time to tawakal to Allah. Allah boleh tolong dengan pelbagai cara, doa pada dia :) Miracles do happen, and now I hope for Your miracle Ya Rabb. 

Lusa periksa akhir aku untuk sem ni. Land Law II. Allah, kuatkan semangat aku. Tahu la kan bila barang da kemas, beg da terbongkang depan mata, tak nampak lain dahh, nampak rumah je hehe. Aku rasa jiwa aku da balik rumah dulu ni. Haippp diaaaa! Nanti aku menyusul. InsyaAllah. Doakan aku :)

Jom bersihkan diri, nak maghrib da. Past is past, like it or not, you need to swallow it :)

*4 bulan haram dalam Islam adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Haram berperang dalam bulan2 tersebut. Jika ada berlaku pertumpahan darah dalam bulan2 tersebut, bayarannya berganda. Banyak peristiwa2 menarik yang berlaku sepanjang bulan tersebut dan nikmat2 yang Allah sediakan. Mari kita ambil iktibar. Jangan lupa doakan saudara kita di Syria :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance