Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 6 June 2012

bahagia; kadang2 ada pada sebatang penyapu

Aku ni suka tengok gelagat orang. Pernah aku lepak kat kerusi JJ sambil baca buku. Tapi 70% masa aku tengok orang, pastu mula hati jahat mengata kalau ada yang tak kena huahuahua. No wonder there is quote in Islam sounds like this; please lower your gaze. Akan dipratikkan ^^

Ada satu pagi aku nak pergi kelas, aku tunggu bas, sambil tu mata melilau. Aku suka membaca, segala  iklan yang aku jumpa aku akan baca, suratkhabar yang lapik makanan pun aku akan baca, selagi tujuan bacaan bukanlah untuk peperiksaan haha. Tengah2 aku cari mangsa bacaan, aku ternampak atas bukit seorang pakcik tengah menyapu sampah sambil melayan anak perempuan dia yang masih kanak2, sambil bergelak ketawa, bergurau senda.

Aku terpesona (pesona kauuuu!) tengok situasi tu. Terus aku terfikir 'Siapa kata kebahagiaan ada pada duit? Siapa kata kebahagiaan ada pada pangkat yang tinggi? Siapa kata kebahagiaan ada pada rumah 7 tingkat?' Duit boleh bawa kegembiraan, tapi bahagia perlu dari hati yang tenang dan bersyukur dengan setiap titik nikmat yang Allah kurniakan. Wah gitewwww aku da mula berceramah. 

Kegembiraan sementara, kebahagiaan dan ketenangan hati tu boleh jadi selamanya. Pakcik tu mesti nikmati tiap inci hidup dia, walaupun orang lain kerja dalam bilik berhawa dingin, walaupun orang lain gaji beribu riban, dia tetap bahagia berkerja bawah terik matahari. Mungkin bagi dia; cukup makan, ada tempat tinggal, ada masa nak luang dengan keluarga, da lebih dari mencukupi. 

Kita ni kalau tahu nikmat syukur, kita tak kan mengharap yang lebih dari apa yang Allah da kurniakan. Takde ayat dalam hidup kita yang macam ni; KALAU la aku ada sejuta, KALAU la aku secantik Miranda Kerr, KALAU la aku kahwin dengan Bill Gates. KALAU tu boleh buat kita kufur. Aku pun kadang2 ada banyak kalaunya. Tapi bila sedar, cepat2 lah istighfar. KALAU, nak yang hebat je. Cuba tanya diri; KALAU aku jadi rakyat Syria, kuat ke aku nak menentang tentera Bashar al-Asad? Ya Allah, aku tahu para syuhada itu mulia di sisiMu, cucuri lah rahmat ke atas roh mereka. Dan aku juga tahu Engkau ada 'sesuatu' untuk mereka2 yang kejam.

Bersyukurlah dengan setiap benda. Amalkan kalimah Alhamdulillah dalam diri. Bangun pagi, Alhamdulillah, habis makan, Alhamdulillah, habis jawab periksa, Alhamdulillah, dapat online, Alhamdulillah (?). 

Bahagia tu ada pada hati. Hati tu milik Allah SWT. Can you see the connection babeh?

Eh manusia2 ni sedar tak yang dunia ni sementara? Sedar takk oi?!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance