Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 3 June 2012

2 downs, 3 to go

I've finished two papers for my final exam :D Feel a little bit relieve even though have 3 more killer subjects to go through. So far Alhamdulillah, I don't say I answered it excellently, but I managed to answer it all haha. Now, the time to tawakal to Allah :)

Tak sabarnya nak balik, 12 hari lagi. Countdown! Countdown! :) Aku balik redah je kot macam hari tu, malas nak cari tiket. Alah dalam Malaysia je pun, takdo nyo aihh esei tersosek ke Singapore. Amacam sodap tak esei cakap nogori? haha. Ni kawan2 punya penangan la ni, ape hal entah masing2 cakap nogori. Esei orang Perak bona nya haaa. Haha Padahal cakap Perak pun tersangkut lagi.

Oh sebenarnya aku nak cerita minggu lepas aku pergi kenduri kawan kelas aku KAHWIN. Tapi sebenarnya tunggu gambar dari Azam, mungkin aku tengah mengandung anak ke-8 baru dia bagi agaknyaa. 

Ramainya kawan dah kahwin, da bertunang. Senior2 aku, berderet bertunang, macam ada ambil nombor giliran je gayonyo. Aku bilaaa? Wait and see. Kahhhhh

Takpe kita cerita dulu tanpa gambar. Aku bawa kereta Maria dengan Dira, Dila dan Cha. Satu lagi kereta Faizal, Mirul dan Azam. Kitorang konvoi (bunyi macam gempak) pergi Tesco nak beli hadiah. With the money collected from most all the classmates, we grabbed rice cooker and microwave for the newly wed couple. Da rasa macam omak2 jooo poie boli hadiah kahwin untuk orang. Sedar sikit Nadia, kau da makin tua T__T 

Tesco hampeh sebab tak sediakan perkhidmatan membalut hadiah. Kitorang pergi tanya kedai2 cenderamata, ada ke nak upah RM5.  Hoihhh, baik beli donut bigapple 2 ketul. Jadi kitorang balut sendiri. Tahu balut kat mana? Balut kat lorong dalam Tesco yang menuju ke arah store. Slumberrrr. Pakai baju kurung, tertonggeng-tonggeng balut dengan jayanya. Semua orang tengok pelik, ado den kisah?

Lepas makan kenduri, kitorang cabut pergi tengok Men In Black 3. I don't like the idea of 3D for that kind of story. Takde bezanya hoi, da la pening pakai, 3D bahagian sarikata je. Hekkkk? Orang lain cakap cerita tu seronok, tapi bagi kitorang yang da penat macam kitorang yang kahwin, dengan kerja dari pagi asyik makan tanpa henti, kitorang rasa cerita tu mengantuk! Dan mungkin sebab kitorang tak tengok siri yang sebelum2 ni jugak kot.

Yang penting keluar hari tu seronok sebab asyik la makannnn je. Nampak tak apa definisi seronok bagi aku? BigApple, KFC, McDonald, nasi minyak, makan angin pun sodappp.

Nanti la kalau aku dapat gambar aku tunjuk. Congrats Widya and Husband :)

Semalam belajar atas sofa dengan Cha. Macam2 gosip dan plan bercuti keluar (patutnya belajar T__T) Antaranya;

  • ATV Bukit Larut
  • Universal Studio Singapore
  • Legoland Johor
  • Island Hoping at Sabah
  • Indonesia
Semua berangan konon nak backpacking. Tengok mana yang jadi mana yang takkk! Kahhhh.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance