Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 10 May 2012

random2 of my world

Less than a month, I'll sit for my 6th sem final exam. And yet no preparations at all. Congrats Nadia Roslan! hahaha. Mid sem test ada lagi dua, assignments tinggal sisa2 je hehe

Ahad ni ada subject registration untuk sem depan. Aku tak tahu kena ambil subjek apa pun lagi haha. Yang aku dengar cerita ada 3 kelas malam. Whatttttt? Sebab lawyers yang ajar, so siang dorang kerja, malam pun kerja. Fuhhhhh, terbaik la. Tak penat ke eh? Orang malas macam kau je rasa penat Beron! -_-'' Hilanglah masa bergumbira aku sambil tengok movie makan kuaci di malam hari. Kau ni Nadia, hidup nak senang lenang je, tabuh baru tau!

Parents aku suruh pindah Kachi balik sem depan sebab banyak kelas malam and aku sorang je student Law kat Petronas ni, so dorang risau aku balik malam pukul 11 gitewww. Aku malas da nak pindah2 ni, berat tahu barang! Lagipun tinggal setahun je nak menetap kat tempat jin berjoget ni. Gamble je la duduk sorang2. Tapi being a dad, ayah sentiasa risau pasal aku kat sini terutama sebab tempat aku dekat dengan penginapan Awang Hitam, and ada 2 kes dorang masuk blok perempuan. So ayah cakap biar dia apply kan untuk aku. Ayah, why not you replace me here also? hahahaha. Apa2 la ayah, Nadia malas da nak mengadap orang Student Accommodation Center tu :P

Tengok dunia sekarang, senang nya nak berkomunikasi. Yang pakai BB, boleh BBM 24 jam. Yang pakai IOS, Android, boleh whatsapp viber line bagai 24 jam. Just pastikan line internet ada. Kalau ada wifi lagi la free je. Ungtung anak2 zaman sekarang. Tak payah bela merpati, pergi pejabat pos, semua di hujung jari mak jemah je. Untung ke? Haha Masing2 ada pros and cons kot.

Just aku terfikir, macam mana orang dulu bercinta eh? Patutlah ramai kahwin on family arrange. Nak jadi orang zaman dulu balik lah :P

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance