Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 1 May 2012

perjalanan yang tragis

Semalam aku call mak on the way nak pergi kelas, merepek2 mengadu itu ini, then mak cakap 'ha balik la, Ahad mak hantar balik sana'. Aku apa lagi? Yessss! 

Mula2 ingat nak balik Rabu lepas kelas, tapi hari ni kan cuti. Kebetulan roomate aku pun balik kampung, dia ada hal sikit. Time aku bosan sorang2 malam semalam, badan atas katil, kepala terjuntai luar katil sambil merenung ceiling, tak tahu apa aku tengah fikir, tiba2 rasa nak balik esok (hari ni). Terus text Cha mintak kebenaran, kat uni takde mak ayah so kene mintak permission kawan2 hewhewhew. Dia kata on, aku apa lagi, terus mata bersinar-sinar macam pussy cat 0_0

Pagi tadi lepas subuh terus siap2. Dalam 8.45 pagi aku keluar bilik dengan menggalas satu bag pack dan dengan macho melangkah menuju bus stop sambil dengar MP3. First time aku balik Perak gamble macam ni, takde tiket, takde plan. Just follow foot steps. Giteewww

Bus sampai Alor Star dalam pukul 11. Biasalah you olls naik bus lompat2 ni, kalau naik kereta da sampai sempadan Perak da agaknya haha. Kau tahulah suasana bus station kan, ada je orang approach suruh beli tiket dia, pastu sibuk2 tanya nak pergi mana. Hello pakcik, saya pun tak tahu saya nak pergi mana, camne? Aku konfius nak pergi Sungai Petani then shoot Kuala Kangsar or pergi Butterworth baru ambil tiket pergi Kuala Kangsar? Lepas tolak tambah (congak je, tak main la kalkulator), aku decide nak pergi Butterworth sebab aku rasa peluang nak dapat tiket kat Sungai Petani macam tipis (teringat keadaan terminal bus dia hoho)

Aku sampai Butterworth dalam 12.45. First time aku jejak kaki kat situ. Time first step aku pijak simen station bus tu, aku da bayangkan yang bumi ni bergegar tanda first time menerima aku kat situ hahaha Bodo! Then aku pergi cari tiket, sekali pergi Kuala Kangsar ada pukul 3.30! Hoh kau! Lama benau nak bertapa kat situ. Kalau sebelah ada shopping mall takpe, ni loji minyak ada la!

Then aku decide nak ambil bus pergi Kamunting. Aku call mak inform, sekali mak cakap 'lepas kat Kamunting macam mana kamu? Ayah kena gout tak boleh drive'. Terpana aku seketika. Dunia seolah-olah berhenti berputar. Nadia, jgn over, nak kena lempang? Aku cakap kat mak 'tengoklah nanti macam mana, da sampai sana fikir haha'

Aku sampai Kamunting dalam 2.45. Suramnya suasana station bus dia. Aku tercari2 bus yang boleh bawa aku keluar dari kempompong kesuraman tu.Then aku telefon mak nak bagitau da sampai Kamunting. Sekali mak cakap, mak pun nak sampai dah. Eh ayah bukan susah nak jalan ke? Rupanya ayah gagahkan jugak diri sebab nak ambil aku. Terharuuuu pleaseeee! Terharu sampai aku sengih je sementara tunggu ayah sampai, da macam orang gila. Memang betul la orang cakap, kasih emak sampai ke syurga, kasih ayah tiada batasnya :') Thank you daddy! I Heart you! :)

Sampai rumah dalam 4 lebih sebab mak sempat singgah Nagoya beli kain -_-'' Penatnya perjalanan aku hari ni. Entah bila aku rajin nak gamble lagi. Selalu aku ambil bus terus pergi Ipoh, tapi kena patah balik la huhu.

Duduk rumah pun kena siapkan 2 assignments. Da la laptop aku rosak! Pinjam laptop adik and buat macam harta sendiri. Aku kan kakak hewhewhew

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance