Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 May 2012

jatuh

Jatuh. Sedap kalau atas tilam. Sakit kalau atas jalan tar. Kalau jatuh je takpe, ni luka siap berdarah-darah. Kalau luka macam tu je takpe, ni siap ada parut, kurang hantaran RM5k. Eh berapa riban kau nak mintak hantaran ni Beron? kah kah kah

Jatuh kali pertama, takpe. Mungkin tak perasan ada lubang, ada batu. Lepas tu silalah berhati-hati yeee. Tapi namapun manusia, cuai, mudah lupa. Gedebuk! Jatuh kali ke-2. Yang kali ke-2 lebih menyakitkan sebab parut lama da sapu dengan 3 botol bio oil pun tak hilang2 lagi, da jatuh lagi, tak koyakkan luka lama, cipta parut kat daerah baru. Berapa banyak parut kau nak ada daaaa. Kali ke-2, lebih mengecewakan sebab tak berhati-hati, tak ambil pengajaran dari yang mula. Marah dengan diri sendiri, tunjal kepala, hentak kaki. Tapi nak buat macam mana? Benda da jadi.

Harap sebelum jatuh kali ke-3, ada yang menyelamatkan diri ini. Menarik diri ini dari jatuh ataupun jadi tilam pengalas jatuh kah kah kah. 

Walau 2 kali aku jatuh atas kebodohan diri sendiri, Allah tak pernah bosan melayan kerenah ini. Dia tetap bangunkan aku, 'bersihkan' diriku dan menemani aku untuk terus berjalan atas duniaNya ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb. 

Dunia ini perjalanan. Destinasinya kita tentukan. Berhaluan kiri kah, berhaluan kanan? :)


2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance