Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 3 May 2012

Don't be selfish, there are always people in need around you

Semalam time dalam bus on the way ke Butterworth, aku duduk tepi tingkap. Time tu memang matahari tengah terik. Aku tarik curtain nak berlindung dari panas. Setiap kerusi ada curtain masing2. Tiba2 aku rasa curtain aku ditarik dari belakang. Aku bengang la mula2 sebab aku tahu tempat duduk belakang tu pun ada curtain. So tak de sebab orang belakang aku nak tarik curtain side aku.

Tapi aku diam je, aku sabar. Try bersangka baik, mana tahu dia ada sakit kulit yang langsung tak boleh kena matahari. Aku ada jugak jeling2 ke belakang, kalau yang tarik laki muda lagi gagah perkasa memang aku jerut leher dia dengan langsir tu! Panas hoiiii, terik pulak tu. Da la aku memang bercadang nak tidur kejap sebab malam sebelumnya aku tak cukup tidur. 

Bila aku jeling sikit ke belakang, orang tu selubung whole kepala dia dengan curtain, so aku tak nampak siapa dia. Mana tahu ibu yang nak lindung anak kecil ke, nak menyusukan anak ke apa ke,tapi akudengar suara baby dari depan,bukan belakang. So takpe lah, aku tahan je la panas terik tu sambil menikmati pemandangan alam sebab tak boleh nak tidur. Sabar2, tak salah berkorban untuk orang lain.

Then bila sampai, aku tak turun dulu. Aku nak tengok siapa duduk belakang aku. Again, kalau dia lelaki muda memang aku nak slide kaki dia time dia jalan hahaha. And bila nampak je siapa duduk belakang aku, terus aku tersandar kat kerusi balik. Aku senyum, tak sia2 pengorbanan aku.

Hrithik Roshan weh belakang aku! Hrithik Roshan! Kahona Pyar Hai, Kahona Pyar Hai (nyanyi) hahahhaha

Taklah. Belakang aku rupanya seorang atok tua. Da aku panggil atok tu bukan calang2 tua ye kawan2, ada la 4x ganda umur aku agaknya. Aku rasa lega gila aku tak tarik balik curtain tu. Aku tak menyesal langsung berpanas selama dekat2 2 jam. Sumpah aku akan rasa bersalah sampai bila2 kalau aku tarik curtain tu balik. 

Betul lah orang tu cakap, sabar tu indah. Aku sabar menahan panas, ada seorang atok tua dalam kesenangan. Alhamdulillah. Susah kita tapi menyenangkan  orang lain, ianya berbaloi. Believe me. And that atok sangat berdikari ye naik bus sorang2 walaupun da lanjut usia. Mesti takde Alzheimer 


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance