Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 27 May 2012

cinta; kadang2 memenatkan

Bila aku tengok orang sekeliling aku yang bercinta (tak semua), kadang2 aku yang rasa penat. Pagi bergaduh, petang memaki, malam menangis. 

Bercinta ni fasa pertama memang semua indah. Siang malam terbayang2, sengih kerang, siuman kurang. Bila da ada kat 'comfort zone' atau bahasa kasarnya da ada rias2 nak bosan, mulalah itu tak kena ini tak kena. 

Tiba2 rasa; macam manalah aku boleh bersabar dengan sikap dia yang menjekelkan selama ni? Haha. Tapi sebab sisa sayang yang masih ada, gagah teruskan, terima baik dan buruk masing2.

Kalau macam tu aku tak kisah, ada menerima dan memberi orang kata. Boleh berbincang elok2, toleransi, bagi komitmen dan kalau gaduh pun bincang cara orang matang, cara orang ada akal, lepas tu OK dan rasa makin sayang bukan makin teruk. 

Aku pernah rasa semua ni. Pernah. Pernahhhh!

Yang aku tumpang bengang, da la curang, bila mintak penjelasan terus letak telefon. Kalau jadi kat aku la, memang aku pergi jumpa laki tu bawa tok mudim sama2! 

So sekarang masa hati aku untuk berehat. :)

Yang bercinta tu, pandai2 la kemudi hubungan korang. Aku doakan semuanya kekal hingga akhir hayat diiringi berkat Ilahi.

4 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance