Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 24 May 2012

Childhood best friend

Sebelum aku pindah balik kampung, aku duduk kawasan perumahan. Mak aku surirumah sambil ambil upah jaga anak jiran. Ada seorang anak jiran nama dia Safwan, aku panggil Wan. Dia sebaya aku. Berbanding adik dia Kamil, dia berbudi pekerti sikit, baik budaknya. Sebab tu aku boleh kawan baik dengan dia, aku kan diktator! haha

Lepas pindah aku memang tak berhubung langsung dengan dia dah. Yela, zaman tu friendster pun takde, inikan pulak Facebook. Kadang2 je terjumpa kat mana2 kenduri tapi I kan pemalu youolsss, nampak dia myolsss nyorok belakang mak, nasib baik muat kihkihkih

Tahun lepas rasanya tiba2 dia add aku kat Facebook! Ya Allah seronoknya rasa jumpa kawan lama balik. Lepas tu dia mintak nombor telefon aku, aku bagi la.

Kitorang jarang berhubung, tapi hari tu dia mesej aku. Cerita lama semua keluar balik HAHA seronok bila dikenang. Dulu dia sama tinggi dengan aku, sekarang aku rasa dia tinggi pintu. Tinggi benauuuuu!

Aku terharu bila dia cakap; Aku sedih gila kau pindah. Entah macam mana aku teringat kau, type nama kau kat Facebook, terus jumpaa. Hehe Ada jugak orang ingat aku.

Dengan dia aku ingat kenangan2 nakal je; main aci kejar jatuh sampai koyak kulit lutut, main lumba basikal.

Tapi dia ingat benda yang sentimental; dia ingat makan laksa tepi longkang dengan aku! Kah kah kah Selekeh gila makan laksa tepi longkang! Then dia cakap time kitorang lepak belakang kereta, kitorang pernah janji nak kahwin besar nanti. Oh my godddd! Kecik2 da gataiii naa kau Beron haha. Aku tak pernah ingat situasi tu. Nasib baik time tu dua2 baru 7 tahun, tak terikat kontrak lagi, kalau tak mampus aku! haha

Hari tu aku pergi kenduri tunang kakak dia. Aku nampak dia sibuk hidang makanan, kalau boleh memang aku nak lari. Malu woiiiii da 16 tahun tak bercakap depan2. Boleh tahan tinggi paras malu aku ni kikiki. Hari tu dia mesej aku, cakap kenapa tak datang sembang dengan dia. Hoihhh kau gila! Takkan kau nak aku mengekor kau bawa dulang tu haha. Aku cakaplah aku malu auwwww, then dia suruh datang kakak dia kahwin nanti, boleh sembang2. Good luck Wan! Kalau kau tak tegur aku dulu, jangan harap aku tegur kau hahaha

"Kita still kawan kan? Jangan pernah lupa aku tau" :') Ye Wan, we friend till forever insyaAllah. Kau antara kawan kanak2 yang aku tak pernah lupa :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance