Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 18 April 2012

make me laugh please ;D

Aku suka tengok cerita yang lawak, yang sweet, yang menghiburkan hati la senang cerita. Dulu aku selalu baca novel, tapi sekarang banyak baca buku motivasi lagi ewahhhhh.

Tapi aku paling tak suka bila da masuk part konflik. Tiba2 ada orang ke-3 la, awek lama muncul kembali la, tau isteri baru da takde dara la. Tu yang setahun cerita tak habis2 tu. Memang aku tinggal terus cerita tu (drama). Takde modal lain ke? Memang la macam mustahil hidup ni nak gembira je kan, tapi cerita kan manusia reka, apa salahnya syok sendiri kejap (suka hati aku je haha). 

Sebab tu aku lagi suka tengok cartoons and filem2 aksi. Contoh transformers, sedih kejap je; bila Optimus Prime mati, tapi lepas tu hidup balik :D And bila dorang kena hantar balik ke Cybertron, rupa2 nya dorang nyorok alololo omel omel haahaha Bab movie memang aku tabik Barat punya productions hewhewhew

Macam tu jugak dengan novel. Aku ada jumpa 2 je yang sepanjang cerita takde conflict yang exaggerated, gaduh2 manja gitewww,pembacaan yang santai. Yang merepek meraban memang aku koyak buat kapal terbang

Kadang2 hidup ni unpredictable, cukuplah dalam realiti je ada sorrow time, media bagi la medium untuk aku gelak haha. Bukan tak nak terima kenyataan, yang hidup up and down, semua orang tahu benda tu, but jangan over please *yawn

Eh bukan aku patut review article Company Law ke, yang aku review benda ni jadahnya? zzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance