Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 24 April 2012

Final Exam

Jadual final da keluar (refer to sidebar). And surprisingly, takde study week! Study week sangat perlu ye untuk manusia malas macam aku. Berdoa semua lecturer akan habiskan kelas awal. Ameen

14 Jun da habis, 15 Jun paksa ayah ambil cuti nak ambil aku kat sini hehe. Nak bawa balik semua barang yang tak guna (at least 1 beg guni, perempuan2 -_-''), sebab aku insyaAllah tinggal setahun je kat sini, so nyahkan barang2 yang da tak guna siap2 :D Cuti sampai raya, puasa tahun ni kat rumah lagi, Alhamdulillah tak payah susah2 fikir juadah berbuka hehe

Final sepatutnya sampai 30 Jun tapi kitorang bertuah dapat balik awal sebab nak kejar dateline seniors nak practical. Untung ada subjects kita yang ada seniors ambil, dapat settle kan exam awal sikit hehe. Siapa yang habis sampai last paper tu, kunci pintu pagar UUM elok2 eh? mwa ha ha ha

Cuti 2 bulan sebelum Raya aku ingat nak kerja, tapi tak tahu nak kerja apa. Duduk rumah je pun apa tak dapat! Kalau kerja ada jugak income nak berjoli hueheuhue. Eh aku da beli baju raya hahaha Over! Puasa tak habis ganti lagi. Mak memang suka beli awal2, nanti dia kata takde siapa nak ambil tempahan da. Eh eh eh mak, lupa ke anak mak ni ada skill menjahit track suit koyak? Ape la mak ni (malu2)


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance