Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 11 April 2012

Anak dan komitmen

Hari ni aku tolong Mak Ida jaga Arissa and Haziq. Umi Haziq pergi Ipoh shopping tinggal anak :P Nasib baik Haziq anak susuan Mak Ida, mamat tu kalau start mengamuk, bukan boleh dibawa berbincang

Dua2 da mula nampak orang and pandai gelak kalau agah. Kena marah pun da tau nangis, padahal I marah2 manja je youuu, I kan bakal ibu ayam ayu kah kah kah. Bila panggil nama dorang, melilau mata mencari dari mana datangnya sumber suara yang lunak itu hehe.

Aku baru tau yang baby akan mula nampak betul2 start umur berapa bulan entah, mula2 dia hanya nampak bayang2. Patutla mula2 dorang lahir aku goyangkan tangan depan mata, dorang relax je stare satu tempat tanpa ikut pergerakan tangan. Hebak mung ni, hebak!

Aku biasa handle budak umur setahun ke atas je, sekali kena handle baby 2bulan, terjatuh rahang jugak rasanya. Time lunch tadi aku kena handle dua2 sekaligus. Tobattt pk 10x nak anak kembar :P Sorang hek hek hek menangis, tiba2 sorang terus huaaaaaaaaaa! Kelam kelibut ribut tertonggeng-tonggeng aku nak uruskan.

Tidur nak goyang2 pulak tu. Haziq takpe, ada buai. Arissa kena henjutkan atas pangkuan. Kalau letak atas tilam dia tau itu bukan dari sumber semulajadi :P Kena peluk dia, mungkin dia rasa warm and more comfortable. Manjanyaaaaaa. Banyak comel kau, nak tercabut tangan kanan aku! Da besar tak kenang jasa aku, siapla haha. 

Letak atas tangan dia tak selesa, mungkin tangan aku diperbuat dari tulang :P Letak atas bahu baru dia boleh tidur. Itupun kena pastikan dia betul2 lena untuk alihkan kat tilam, kalau tak, bulat mata dia balik (pengsan). Kalau dia gerak2 atas tilam, cepat2 peluk and tepuk2 bagi dia lena balik. Baby mudah terkejut. Tapi bila tengok dia senyum dalam tidur or gelak, hilang rasa lenguh tangan, how adorable, how innocent :')

akhirnya tumpas selepas sejam berperang dengan dia :P 

Bila tidurkan Arissa tadi, aku sedar yang aku tak bersedia lagi untuk komitmen2 macam ni buat masa terdekat. Selama ni sibuk meroyan nak kahwin, tau kawan kahwin rasa terjejas, tengok kawan dapat anak lagi terkinja nak kahwin. Kau nampak yang best je, nampak suami isteri takde halangan nak bercuti sama2, nampak dorang dapat anak yang comel, tapi kau lupa tengok disebalik semua tu.

Konklusinya, Allah tahu bila masa yang sesuai untuk aku, Allah tahu yang terbaik untuk aku. Semua yang jadi da cantik Allah plan, usaha kita memperbaiki diri :) So Nadia da 22 ni, nak kahwin tak? Nak! (laju je) So kalau nak sediakan la yang terbaik untuk diri, bukan senang nak bagi full commitment pada family, bukan senang nak besarkan amanah Allah untuk jadi manusia yang berguna. On the right time, on the right place, someone will come to you, hold you hand tights, bring you to Jannah. Maybe he's on the way now ;p

Tadi Che Man pesan kat aku, 'Benda 1st kamu kena tengok time cari bakal suami, pastikan dia jaga sembahyang. Jaga sembahyang, insyaAllah terjaga semua. Apa nabi pesan tu da betul da. Che Man da banyak dengar kes, bila kaji2 punca penceraian, kebanyakannya sebab suami tak sembahyang'. Che Man aku kaunselor untuk orang yang nak bercerai. Aku hanya mampu mengangguk dan cakap insyaAllah. Aku tak nampak bayang lagi bakal Imam aku, tapi nak yang solat 5 waktu, maka aku kena penuhkan tanggungjawab tu dulu, kan? Alhamdulillah, kehidupan semakin baik :)

Eh berceramah pulak pagi2 buta ni haha

*Pah, hari ni tepat 15 tahun Pah tinggalkan kami. Tapi kami tak pernah lupa Pah, Pah sentiasa dalam doa kami and kami sentiasa merindui Pah. Bersemadilah dengan aman dengan Tok, insyaAllah nanti kita jumpa lagi :')

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance