Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 23 March 2012

my first boyfriend :)

The only man, a girl can depends on is her daddy :)

Betul! Ayah tak pernah mengecewakan aku. Aku kecewakan ayah maybe pernah. Tak payah nak maybe2 sangat lah Beron, sah2 pernah. :P

Ayah ni pendiam orangnya, manja dengan mak, amanah dengan kerja, over concern. Kitorang tak sihat, dia yang tak tidur malam.

Tak pernah pukul kitorang, paling tidak pun ambil hanger pukul pintu :P Hardly say no if we request something (nak mintak kahwin la kah kah kah). If he has to say no, he will ask mak to do that haha. Pandai ngelat eh ayah

Tak suka shopping. Underwear pun mak yang belikan. Semua mak buat untuk dia. Suka pakai baju sponsor. Paling sweet aku rasa, mak potongkan kuku dia hehe.

Ayah tak suka tangkap gambar. Dia cakap dia da takde nanti, dia tak nak kitorang sedih tengok gambar dia =( Yang ada pun gambar candid, gambar passport. Gambar raya ada la sekeping dua tu pun kena paksa. Da faham sangat dengan perangai dia wuu

Semua benda cerita kat mak. Balik kerja cerita apa jadi kat pejabat, balik pasar cerita apa jadi kat pasar, bangun tidur cerita mimpi kat mak. Mak is really his soulmate :)

Ayah sweet in his own way. He may not a romantic man, he hardly shows his loves, but deep down we know he does. He really concerns about our safety, health. He will do anything just to ensure everything go smooth and well.

Ayah, happy 52nd birthday!
I love you so much, you are my hero, you are my first boyfriend that never break up with me
I pray Allah grant you His blesses untill jannah. Ameen
Please don't leave me, let me do that wuuuuuu

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance