Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 March 2012

Maaf

Imam Shafie ada berkata;

"Ketika aku jadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu aku lakukakan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

Aku tak punya iman seteguh Imam Shafie, aku tak punya jiwa semurni Nabi Muhammad SAW. Jujur aku katakan, hati aku keras, aku ego. Aku sedar semua tu, tetapi aku ada inisiatif untuk melembutkan hati ini, untuk mengetepikan ego yang tak berkesudahan ini.

Sukar nak mengajar hati untuk memaafkan seikhlasnya. Aku tak mahu hanya maaf dimulut tapi tidak dari hati. Tak maaf, bermakna aku tak redha dengan apa yang jadi, bermakna aku tak yakin yang Allah has a better plan for me. 

Maka aku ajar diri aku untuk memaafkan setiap salah orang pada aku. Walau besar mana pun salahnya, walau sesakit mana pun aku menannggung akibatnya. Aku percaya, dengan maaf, aku akan tenang. Aku pun bukan malaikat yang tiada khilaf, mungkin aku jugak ada buat salah. Dan aku mintak maaf untuk itu.

Aku sudah memaafkan untuk segala apa yang terjadi. Dan seikhlasnya aku meminta maaf jika ada salah dari pihak aku. Aku maksudkan untuk semua orang yang ada kaitan dengan aku. Ye, semua orang. Semua orang.

Berikan aku masa untuk terima semua ini, terima dengan seredha-redhanya.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance