Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 24 March 2012

Law's Family Day

Minggu lepas kitorang dinner, minggu ni Family Day pulak. Memang comel (tiba2 puji comel) Yela, acara2 macam ni la mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Baru la macam 'oh kau junior aku rupanya, ingat abang pejabat'. Baru berani cakap dengan senior yang sebelum ni muka macam nak makan orang je hahaha.

Aktiviti main2 start pukul 4 petang. Panasss ya Rabbi. Tahukah anda mengeluh panas pun berdosa? Aku tahu tapi mulut tetap 'ya Allah panasnya hari ni, apa dosa aku' gitewww, merintih sebut nama Allah, lepas tu Allah bagi cuaca selang seli. Kadang2 panassss, kadang2 mendung, kadang2 panas tapi berangin. Alhamdulillah tiada ribut taufan dan tiada nyawa terkorban.

Aku and kawan2 rumah Merah ye, warna favourite aku. Macam2 permainan junior sem 2 arrange kan. Tapi biasalah adat permainan, ada yang kalah, ada yang menang, ada yang melompat suka, ada yang tergolek jatuh. Acara petang habis pukul 6 macam tu.

Malam sambung balik, lepas Maghrib. Ada BBQ. Makanan dia ok la, boleh telan walaupun lepas tu perut meragam hehe. Ada karoake. Wooo sangat. Kecik hati tau, dorang tak pernah jemput aku nyanyi, dorang tak tau aku pandai nyanyi lagu Doraemon kah kah kah. 

Overall rumah Merah juara keseluruhan (ehem sejuta kali). Game petang kitorang tak lead, tapi malam kitorang conquer. Menang cheers you ollllsss, tengoklah siapa ahlinya keh keh keh. 

We really had fun last night. Congrats junior for the good job. Congrats RED team for the cooperation. And congrats to everyone who make that event works ;)

with Dira. with gojes lips haha. tengok, jam pun merah. ni la semangat namanya :P

Dira again at night. Keciknya kau mek

Cha cakap dalam gambar ni dia nampak pelik, aku nampak cacat T___T

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance