Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 25 March 2012

Kes culik

Rasa up to date pulak update current issue hehe. Lately, banyak kes culik, culik budak2, culik remaja perempuan. Kalau culik then belanja KFC takpe jugak, ni sampai tahap membunuh, bakar siap. Ya Allah, manusia jenis apa kau ni? Sampai sanggup buat macam tu sekali. Dulu Nurin Jazlin, then siapa entah, the latest Dirang. Semua budak2 innocent yang comel. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin

Perdagangan manusia. Aku ingat dalam drama je cerita2 macam ni. Sebab bagi aku its nonsense! Aku tak percaya manusia sejahat ni, especially Malaysian. Aku akui masalah social kita memang teruk, tapi aku tak sangka ada yang sekejam ni. And aku baru tahu cerita yang Diana Danielle dengan Eryn Malik berlakon tu, ape ntah nama dia Malam Perawan ke apa, rupanya dari kisah benar. Mak ayam bertudung you olss. Betul la, dunia sekarang seorang pun tak boleh dipercayai. Ada gunakan tudung untuk menutup bangkai sendiri. Astaghfirullahalazim.

Tapi ada jugak remaja yang bodoh, buat2 kena culik. Kamonnn adik. Kau pernah dengar cerita pengembala kambing dan serigala? Pergi search kat YouTube, Upin Ipin ada buat sketsa tu. Jadi betul2, takde siapa percaya time tu, baru kau tau dunia ni sphere ke petak. Sebab kau lah polis boleh fed up nak ambil tau pasal kes2 camni tau tak. Sanggup buat macam tu dekat mak ayah. Ingat besar sangat nak hidup bebas. Pad pun mak belikan lagi, tak payah nak bajet boleh hidup sendiri la woi. Eh emo pulak aku haha

Bila call mak, mak selalu pesan kat aku 'Jangan jalan sorang2 Nadia, bahaya sekarang ni, ramai kene culik'. Aku gelak, boleh? Bukan persendakan Mak, tapi memang aku jenis apa orang cakap kat aku, aku gelak dulu, penyakit sawan gelak namanya. Ayah bebel tak bagi makan pedas pun aku gelak -_-''. Mak selalu pesan kat aku sebab dia tahu aku jenis berani redah ke mana sorang2. Aku pernah jalan sorang2, makan sorang2, tengok wayang sorang2, eh losernya kau! haha. Aku pernah naik teksi dari Perlis ke Kedah sorang2, hasilnya kene bebel setahun dengan semua ahli keluarga -_-''

Aku tak kata aku berani, tapi aku jenis bersangka baik dengan semua orang. Aku rasa semua orang baik. Sebab tu senang kena tipu T_________T. Aku da start belajar untuk tak cepat percaya kat orang. Dulu, bagi aku semua orang tak masuk penjara baik. 

Dulu time aku praktikal kat mahkamah, balik tu aku cerita kat mak;

Aku; Mak, tadikan ada kes bunuh. 
Mak: Kamu tengoklah pembunuhnya?
Aku : Yela, Nadia duduk betul2 sebelah kandang pesalah, orang tu pandang Nadia, Nadia senyum la
Mak : Eeee berani lagi kamu nak senyum2 dengan pembunuh
Aku : Tak terbukti bersalah lagi la.

Tak baik tau syak wasangka kat orang. Tapi aku tau dunia sekarang, semua orang tak boleh dipercayai. Berhati-hatilah, berlindung dengan nama Allah. Jadikan ayatul Kursi sebagai amalam hidup, insyaAllah, Allah lindungi kita. :)

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance