Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 30 March 2012

Jangan pandang-pandang

Da lama tak update blog, rasa rindu kat diri sendiri. Kau gila eh Nadia? Tadi aku, Dira, Wawa, Sheril and Chot pergi Jitra makan pizza. Macam pantun 2 kerat pulak, pergi Jitra makan pizza. Then kitorang pergi Jitra Mall, tengok tiket wayang. Entah apa2, cerita tiada nilai estetika diambilnya, cerita dari benua mana pun aku tak tahu.

Tak semena-mena, dorang ajak pergi Sungai Petani semata nak tengok wayang. Ni sah namanya takde kerja. Bukan tak nak pergi tengok kat Alor Star, tapi cerita kat Alor Star lagi daif dari Jitra T___T Kemaruk sangat tengok wayang, sanggup tu ke SP haha. Kitorang pergi Village Mall, nampak grand tapi tak ada apa sangat. Surau pun macam apa je. Tapi ok la dari Jitra hewhewhew First time aku menjejakkan kaki bersuka ria di SP

Kitorang tengok cerita Jangan Pandang2. Komedi seram, ada Zizan and Sarah Ali. Untuk cerita yang ringan, kelakar la cerita tu. Kelakar bodoh. Tau la Zizan kan, tengok muka dia je pun da boleh gelak haha. Sarah Ali tak pandai berlakon sangat lagi haha sesuka hati je aku mengomen. Tapi tak la menyesal datang SP semata nak tengok wayang. Sebelum balik sempat melantak Tuti Frutti :D

Hari ni, sepanjang hari perut aku pedih bagai dihiris sembilu. Macam biasalah, kalau sakit camni aku tak boleh diri. Tapi sebab wanita gagah, muka macam perempuan nak beranak (kawan aku cakap) pun gigih lagi berjalan. Berhenti tepi jalan, telan gaviscon. Tapi tak effect pun, gaviscon penipu, sampai sekarang aku sakit tau! Tapi da boleh baring, lega la sikit T__T Aku syak usus aku problem, eh macam kau doktor je Nadia haha. Tapi malas nak fikir, kalau rajin nanti balik cuti kita pergi jumpa Dr. Lim eh perut? Please behave, you hurt me too much lately T__T

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance