Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 March 2012

Dengki punya pasal, lupa apa itu dosa

Orang meniaga makanan kat satu kawasan lapang, tak ganggu lalu lintas, hari2 berduyun-duyun orang datang, tup2 Majlis Perbandaran serbu nak robohkan sebab ada pihak yang mengadu *true story*

Meniaga makanan jugak, larisss. Sekali kena halau dengan tuan tanah. Tuan tanah bukan orang lain, ada talian darah *true story*

Seorang perempuan kena sihir sebab baik dengan seorang laki. Alkisahnya penyihir tu nak kan laki tu jugak tapi tak dapat. *true story*

Tahu kenapa semua kejadian kat atas boleh berlaku? Tak lain tak bukan sebab DENGKI. Tak boleh tengok orang lain up sikit, tak boleh orang lain dapat apa yang dia tak dapat. Kamonnn la people, aku ni bukan lah baik sangat, tapi at least aku percaya pada takdir Allah. Aku percaya jodoh, rezeki, ajal maut semua Allah da plan baik punya untuk kita.

Apa la salah orang tu kat kau. Tak menyusahkan kau pun. Dia meniaga nak cari rezeki, entah2 berderet anak kat rumah kena tanggung. Then kau letak pasir beserta taik kucing dalam periuk kuah laksa dia. Tak kesian ke? Tak fikir ke? Tak cuba bayangkan kau kat tempat dia? Kalau dorang mampu, dorang da bukak restoran macam Johnnys tu, dorang pun tak nak la meniaga tengah2 panas kalau ada tempat yang dorang mampu tanggung. Ayyaaa. Gua talak faham ini jenis punya wolang pun wujud ka?

Yang lagi sedih, sesama bangsa pulak tu buat onar. Aku bukan nak mengutuk bangsa sendiri, tapi tengok la sekeliling kita. Dan judge sendiri. Terima kasih.

Kisah ketiga paling sadis. Naya weh buat orang macam tu. Mangsa tak sangka pun kuih yang dibagi ada 'inti' lain. Nauzubillah. Lindungi aku, keluargaku dan rakan2 ku dari jahatnya syaitan ya Allah. Kau ingat sedap kene rasuk, kene santau? Memang aku tak pernah rasa tapi aku tau rasa tu seksa. Belajarlah terima hakikat tak semua kau nak kau akan dapat. Pergilah solat, pergilah mengaji. Cari ketenangan. Ketenangan tu benda paling berharga dalam dunia.

Ayah takut benda2 sihir ni jadi kat kami sekeluarga. Ayah suruh amalkan surah Yassin dan ayatul Kursi. InsyaAllah ayah :) Kita tak pernah berniat buruk kat orang, berlindung la dengan nama Allah. Ayuh amalkan bersama :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance