Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 6 March 2012

cashier di 7E

Dari kecik, aku ada impian untuk merasa jadi cashier. Aku tak tahu kenapa aku rasa kerja tu menarik. Punch harga, terima duit, tekan2 mesin wang (mesin wang ye kakak2), rasa macam style. Rasa tak? Ke aku sorang yang rasa macam tu? haha 

aku: Mak, nanti Nadia cuti 2 bulan setengah, nak kerja la
mak: Kerja la, takde asyik mintak aku duit je
aku : -_- Nadia nak jadi cashier la, dari kecik teringin
mak : kerja la kat The Store Kuala tu
aku : tak nak, Nadia nak keje kat 7e, ada shift malam baru best :D
mak : ish bahayalah
aku : tak lah, cctv die connect terus ke balai polis (ini aku memandai haha)
mak : yela tu, sementara polis nak sampai, macam2 boleh jadi

Bila tak bole yakinkan mak, ayah lagi la bye2. Ayoooo. Dua tu memang impian aku. Orang lain impian kemain bommm kebabommm, aku punya impian nak jadi cashier kat 7e je. Tu pun susah nak dapat persetujuan mak ayah. Harus berdoa dan solat hajat mulai minggu depan supaya Allah lembutkan hati mak ayah aku. Ameen (Ameen kan sekali pleaseeee) :D


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance