Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 15 February 2012

Stalking and gossiping via internet

Aku suka tengok gossip. Tengok bermaksud memang aku tengok gambar je, baca2 aku malas haha. Kadang2 ada orang tolong ceritakan, aku tadah telinga je dengar hehe. Tu kalau gossip artis. Kalau gossip sesama sendiri, aku dan kawan2 praktis kan pepatah 'sharing is caring' keh keh keh.

Aku jarang stalk orang. Siapa yang appear kat home FB tu je la aku tengok. Tapi bila aku da bosan tahap boleh kena darah tinggi, aku pergi la stalk orang. And aku jarang stalk orang yang aku kenal. Aku suka stalk perempuan cantik, jarang aku stalk laki handsome. Aku memang lagi kagum dengan kecantikan perempuan dari kehandsoman lelaki haha so lesbian statement.

Entah siapa2 aku stalk. Kadang2 kawan2 aku punya kawan, aku kagumi ciptaan Allah kat dorang. Tambah2 yang pakai tudung. Muka cantik, bertudung, sejuk mata memandang. Bila jumpa sorang, adik beradik dia pun aku stalk hahahhaaha psyco tak gua? And aku perasan perempuan2 cantik ni jarang private dorang punya gambar, memang tujuan nak bagi orang stalk eh? hehe

Kalau line ok and aku bosan, artis2 pun aku stalk. Semalam aku tengok page Izara Aisyah. Adik lelaki dia comel gila. Da kakak pun cantik kan. Ada internet, ada FB, ada blog, memang senang nak buat kerja menyetalk ni. Tapi sebab aku lagi suka tengok gambar, blog2 yang best je aku baca. Kita boleh tahu kehidupan seseorang melalui benda2 ni je. Senang kan hidup?

Tujuan stalk ni macam2. Ada saja suka2 nak isi masa lapang, ada yang baca blog orang sebab nak tumpang simpati dan mendoakan (contoh; blog orang yang sakit), ada jugak yang envy dengan kehidupan seseorang, tak kurang jugak yang kagum dengan kehidupan orang tu. 

Apa2 pun, pandai2 la control penggunaan kita kat alam maya ni. Jangan terlampau expose, takut dalam diam ada yang simpan suka kat kita haha. Aku ada baca blog, dia kahwin dengan laki tu sebab laki tu jatuh cinta dengan cara penulisan blog dia. Bahagia da sekarang :) Tapi ada jugak yang simpan dendam, tak puas hati dengan kesenangan orang lain, meroyan sorang2, main gaduh2 kat internet. Please la, be matured. Ada yang da jadi mak orang pun, tak malu ke anak2 baca? Joyah cerita kat 1 dunia beli perabot dari Italy, Melah pun jeles, makinya Joyah kata menunjuk. Hidup kalau nak mendengki je, tak ke mana nya Melah oi. Joyah pun tak payah la semua nak cerita kat orang! Setiap orang ada rezeki masing2, bersyukur boleh?

Hargailah apa yang kau ada. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Agak2 ada orang tak nak suka dengan blog aku? kah kah kah. Ada je KOT, hari2 ada je traffic dari Malaysia. Luar negara pun ada, kalau dari Bangalore mesti Fazlina, tak kan Arjun Rampal kot hahaha. Ada yang dari Russia, tu aku syak Yaya. Hi Yaya hehe. Ada dari US, ni mesti sesat, aku takde kawan dari US, tak kan orang putih baca blog BM kot hahaha. Stalk aku lettewwww. hahahaha Suka aku bajet2 retissss ni :D #sarcasm

2 comments:

  1. akak suke!hahaha..kekadang bace blog student2 ni syok jugak.. (^__^)..

    ReplyDelete
  2. mengimbau kenangan lama eh kak? hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance