Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 5 February 2012

selagi tak bernikah

Selagi tak bernikah, kau jangan nak buat pasangan kau macam laki/bini kau. Jangan nak demand lebih. Sebelum nikah adalah proses perkenalan. Make it slow and steady. Bercinta beria end up air mata memang naya. Bercinta biasa2, end up bernikah, tak ke bahagia, lepas tu nak buat apa, suka hati hangpa! Halal, bersih dan suci lagi :D

Kalau orang tak nak jangan terhegeh, especially perempuan. Jaga maruah, jangan jadi murah. Perempuan dicari bukan mencari. Aku bukan nak kata, sekarang ni ramai aku jumpa perempuan yang obses dengan laki. Apa kau ingat laki tu sesempurna manusia yang kau gilakan sangat? Ada yang lagi insecure level tinggi mana entah, selagi rival dia tak lupus kat dunia, aku rasa tidur pun dia tak lena. Come on girls! Percaya pada jodoh. Kau meroyan macam mana pun, kalau dia bukan untuk kau, tak dapetnye.

Sebelum kahwin nak menggedik semacam kenapa entah. Gelabah! Macam yek2 je dia jodoh kau. Sayang memang sayang, tak dinafikan. Kalau tak sayang, tak kan boleh angau ye dak? hehe. Tapi jangan terlalu mengharap. Doa. Kau buat la apa yang patut, kenal hati budi dia, kenal keluarga dia, agama dia, pendidikan dia, yang lain serahkan kat Allah. Kadang2 benda tu nampak ok je kat mata kita, padahal Allah tahu yang tu bukan terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui, tahu?

Nak kahwin hahahahhahahaha tapi............................................... -_-''

4 comments:

  1. N,
    perempuan juga perlu mencari dan tidak semestinya dicari. Islam membenarkan perigi cari timba.Cuma pencarian itu mestilah sopan dan beradab serta tiada gedik-gedik.Memang jodoh itu datang dari Tuhan tetapi bukan sekadar minta di atas tikar sejadah semata-mata. Kena ada usaha mencari.

    Walaubagaimanapun, post kali ini menarik utk dibaca dan berstatus "maut".hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe tq for the info. sbb hri tu aku baca sirah nabi adam, bila die nmpk hawa. die suruh hawa dtg kt die, tp hawa malu n suruh adam dtg kt die. so dr situ org simpulkn prmpuan didatangi bukan mendatngi. but i know, ad circumtnces lain, cthnye kisah siti khadijah yg msuk merisik nabi kita :)

    ReplyDelete
  3. memang perempuan ada sifat malu tapi malu itu bertempat dan malu buat dosa. kalau perempuan pergi meminang lelaki yang baik agamanya, perempuan itu tak perlu malu. Kadang-kadang lealki suka wanita yg berani.

    Moga kau pun berani pi pinang anak teruna org.hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance