Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 1 February 2012

sekali datang angin rajin, semua barang rasa nak buang :P

Semalam entah angin rajin apa tiba2 menjelma dalam diri, aku kemas 1 bilik, almari buku, almari baju semua aku selongkar. Pelik bilik aku ni, tiap kali mengemas mesti setangah plastik hitam penuh dengan kertas2. Mana datang kertas2 tu? Adik aku la, merepek, suka sangat simpan barang yang dia tau dia tak kan guna da. Kalau aku buang je. Semalam pun semua kertas2 dia punya. Borang nak pergi Mesir pun aku buang, berbahagia je la kamu kat Puncak Alam tu haha.

Aku kemas baju, ketepikan mana yang aku rasa tak nak pakai. Penuh 1 beg plastik hitam yang boleh muat aku dalam tu. Tapi takdelah aku buang, bagi kat orang. Orang cakap kalau nak sedekah kena bagi baru yeh? Ni barang terpakai, ambil je la. Dari aku buang or duduk je dalam almari tak guna2, menyemakkan almari aku lagi, baiklah bagi kat orang yang nak pakai. Bagi kat siapa? Itu aku tak tahu, parents aku punya part tu hehe. Terkejut mak tengok barang aku yang aku tak nak da. Dasar perempuannnn +__+. Seluar jeans ada lebih dari 5 aku rasa, Levi's lagi, auntie aku bagi aku, lama da. So fashion outdated sikit la. Janji boleh pakai.

Lega mata tengok. Aku memang tak suka benda banyak2 depan mata aku padahal tak guna. Aku suka simpan barang yang aku guna je. Yang lain, bye bye la

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance