Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 5 February 2012

salam maulidur rasul

12 Rabiulawal. Bukan calang2 tarikh, tarikh lahirnya Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman. Sesempurna manusia, kesayangan Allah swt, kecintaan para sahabat, keagungan umat. Nak cerita pengorbanan Baginda, tak payah cerita la. Semua orang tahu, al-Quran bercerita, sunnah2 Baginda, buku2 sirah. 

Kita semua tak pernah jumpa Nabi kita, tetapi dari apa yang disifatkan, aku tak dapat bayangkan betapa handsomenya Baginda. Dengan sifat yang mulia, Subhanallah, semoga aku dapat bertemu Baginda di 'sana'. Walaupun tak pernah jumpa, sayang pada Baginda tu ada. Siapa tak jatuh cinta mendengar setiap kisah Nabi Muhammad? Siapa yang tak kan sayang dengan setiap pengorbanan Baginda? Siapa yang takkan terharu dengan apa yang Baginda ucapkan di saat2 akhir hidupnya?

Aku pernah tengok video ni;


Sumpah rasa nak menangis dengar. Untungnya Ust Harun Din berpeluang mimpi Rasulullah saw. Bukan calang2 orang akan dapat that opportunity. Ustaz aku pernah cerita, arwah ayah dia pernah bermimpi berdiri si satu kawasan, tiba2 melintas 5 ekor kuda yang ditunggang oleh 5 manusia dalam keadaan laju, setiap sorang dari mereka memberi salam kepada arwah. Kuda yang terkahir berhenti depan arwah, dan penungganya berkata yang paling depan tadi Rasulullah. Kalau ikut kiraan, 4 orang selebihnya adalah 4 khalifah Ar-Rasyidin dan yang menegur arwah ialah Saidina Ali. Kebenaran cerita ni, hanya Allah yang tahu :)

Dalam hidup ni, aku berharap sangat yang aku akan menjadi semakin baik. Pandai untuk bezakan antara tujuan hidup dan kehendak hidup. Aku harap aku akan jadi salah satu umat kebanggaan Rasulullah. InsyaAllah, sama2 kita usahakan :) 

Salam maulidur rasul. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda, Nabi kesayangan kita :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance