Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 7 February 2012

Nama anak biarlah bermakna

Bulan ni je aku dapat 2 cousins baru; Haziq Jufri and Ammar Muysrif. Coming soon lagi sorang, and insyaAllah lelaki jugak. Aku tengok nama budak2 zaman sekarang, amboi kemainnnnnnnnnn berbelit lidah nak nyebutnya yop! Nama sedap, kadang2 tu ala2 omputih pun ada, padahal mak pak Melayu, atenye nak glamer yeh? haha

Auntie aku suruh suggestkan nama. Dia nak ada pangkal A and F. Macam2 cadangan keluar. Aidid la, Aisy la, aku suruh letak Aladin dia jeritnya kat aku haha Ok apa Aladin, handsome aku tengok cartoon dia :P. Kalau F, Firnas la, Fayadh la, Farish la Firas la. Aku suka Aisy Fayadh or Aidid Fayadh. Tapi Aidid tu aku teringat Aidid Alfian dengan Aidid Marcelo :P Ada orang tu suruh letak Akaun Facebook. :P Eh tak jadi la suggest kan Fayadh tu, nak reserve kat anak aku. hahahahaha Berangan! Entah sempat kahwin ke tak :P

Aku suke nama gabungan klasik and moden. Memang la bahasa Arab takde yang modern2, da lama bahasa ni wujud but mungkin orang2 zaman sekarang baru found out nama yang bagi dorang wow versatile. Nama penting, kalau takde maksud baik tak payah letak. Orang panggil kau, tu dia mendoakan kau. Macam maksud Nadiah; pemurah. Tapi orang paggil aku Nadia, so aku tak tahu maksud dia sampai ke tak. Tapi kalau 40 orang panggil kau sehari, tak ke lama2 kau boleh jadi pemurah, tak pemurah harta pun pemurah dengan senyuman kah kah kah. Kawan2 MRSM panggil Nad, nasib baik aku tak jadi kacang :P

Ada kes, da besar baru dapat tahu maksud nama tak elok. Da susah payah masuk turun court nak angkat sumpah tukar nama. So sebelum letak nama anak tu, kaji la betul2 dulu maksud dia. Aku suka gabungan nama 'kuno' + nama2 yang dikatakan 'up-to-date'. Contoh Umar Darwish, Lut Rayyan, Hud Amsyar, Aisyah Qasreena. Tapi masalahnya aku kahwin pun entah bila, so aku bagi nama2 tu cadangan kat orang yang sah2 nak dapat anak haha. 

Anak aku nanti, nama pendek2 sudah la. Tengok nama bapak dia jugak. Kalau nama bapak panjang macam keretapi, pendekkan nama dia, karang menangis anak aku nak isi borang haha. Kalau nama bapak dia Ali ke Umar ke Hud ke, boleh la aku fikir nak letak panjang2 sikit hahaha Kalau suami aku tak setuju nanti, you beranak sendiri! hahahaha

Aku ada sorang cousin yang kitorang panggil 'Lop', bapak dia orang paggil 'Yop', ni panggilan untuk anak sulung kat Perak. Time kecil2, bila tanya dia nama dia apa, mesti dia jawab 'Lop bin Yop' hahahahaha. Comel je perangai, da besar menyakitkan hati :P Nama betul dia Muhammad Amir Fakhri b Mohd Fauzi. Letak lagi nama panjang2, nama sendiri pun tak ingat :P

Ammar Musyrif

Alalala tembunnya. Ni cousin side mak aku. Comelnye hai tengok baby ni, geram! Rasa nak gigit2, cubit2, baling tinggi2 haha. Hari tu ayah aku cakap 'time Ammar ambil SPM, entah2 ayah da takde'. Gulp! Cepat2 aku congak umur aku pulak, 22 + 17 = 39. 39?? Wooooooow! Never mind, life starts at 40 kah kah kah. -_- Semoga kita semua jadi manusia yang disenangi manusia, disayangi Nabi, dirahmati Allah hendaknya, tak kira la habis nyawa umur berapa pun :)

4 comments:

  1. sweet larh...hopefully u can put a good to your son or daughter..insyallah~

    ReplyDelete
  2. i love umar rayyan name haha
    ameen :)

    ReplyDelete
  3. salam. Ni da 2016..Dah ckup 4 thun da.. umo kmu pon da 26..
    Da kwen lom??? Hihihi

    Papepon...the point this story releven n tersangat halus..

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance