Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 10 February 2012

Happy birthday Tak Nyah!


9 Feb 2009 dia lahir, tahun ni da 3 tahun. Time dia lahir Hari Thaipusam, nasib baik keluar putih melepak haha. Abang dia lahir time Hari Raya Aidilfitri, hey masing2 nak keluar time orang sibuk beraya :P Nur Amirah Fatini, nama kemainnn ayuuu. Sekaliiii, perangaiii hayohhh!

Garang gila dia ni. Pantang salah sikit, jangan gelakkan kalau dia buat salah, jangan marah abang dia, kalau tak habislah kena ketuk dengan dia. Pagi2 kejut aku suruh bancuh susu. Bila aku taknak, mesti dia cakap 'nak jujakkkk' lepas 3 kali dia cakap baik bertindak sebelum kepala benjol kene ketuk dengan botol susu.

Hati kering, tak macam abang dia, hati syahdu sikit. Macam tadi, dia dapat basikal baru. Biasalah 1st time dapat basikal seumur hidup, jakun semacam sikit haha. Dia nak main tengah2 hari rembang tu. Umi dia tak bagi, siap ugut 'Kak Ngah main jugak, umi tak nak kawan kak ngah'. Kau ingat budak ni layan ugutan2 tu? Sambil dia pergi kat basikal, tanpa pandang umi dia, siap angkat tangan, cakap 'Tak Nyah pun tanak tawan umi da, bye' -___________-. Bye terus. Kau ada? Kalau abang dia, umi dia ugut macam tu, menangis merayu umi dia suruh kawan dengan dia balik. Fatini? Peduli pun dia tidak haha

Sekarang ni pandai mintak duit. 'Ayun, nak tuitttt'. Bagi 10sen pun diam la dia. Then bila minum air kat rumah aku, siap nak bayar hahahaha Comel je. Then pantang nampak aku bersiap pakai tudung, lepas la dari mulut dia 'nak ituuuttttttttttttt' -___-

Kak Ngah, Happy birthday! Jangan lah garang sangat, nanti takde siapa nak :P Moga jadi anak, kakak and adik yang baik. Please stay young, cute and adorable and always be my baby. <3

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance