Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 4 February 2012

Day 20 → Your views on drugs and alcohol.

Harammmmmmmmmmmmmmm la
tak kan itu pun tak tahu??

Aku bila da bosan tahap rasa nak panjat bumbung rumah dan berbaring tengok bintang, ni la jadinya. Da lama aku tinggal benda2 tagged ni. 30days challenges, jadi 30months aku rasa haha.

Cakap pasal drugs, teringat aku practical dulu. Masuk lower court, memang memanjang kes drug addicts. Tengok muka pun tau, muka tak cukup zat. Time rayuan, macam2 yang mereka rayukan 'tolong lah puan, saya ada anak kecil dan isteri yang tengah mengandung dekat rumah, mak ayah saya yang da tua pun saya sara, adik beradik lain duduk jauh' Puiiiii! Time kau gian kau tak fikir pulak mak bapak anak bini kau. Da jadi camni, baru la nak gunakan mereka sebagai alasan. Gelabah!

Adik2, abang2, pakcik2, tak lupa juga semua manusia, jauhilah dadah (wah, berkempen aku). Tengah dapat memang layannnn (macam aku pernah rasa), tapi effect nya tak payah cerita. Ada sorang abang kat kampung aku, mati sebab overdose. Sayang ye kawan2 mati dalam keadaan camtu, handsome pulak tu orangya (aku  refer kembar dia yang ok). Bayangkan apa mak ayah kita kene hadapi, tohmahan (tohmahan, tak tahan ayat gua) orang sekeliling. Well, you know, there is always mak joyah dan kak temah all over the places, and you know what their mouth can come out with :P

Fikir2 la sebelum buat sesuatu. Amal makruf nahi mungkar. Kalau jahil agama, at least fikir maruah mak ayah. Ya Allah, jauhkanlah aku dan manusia2 yang aku sayangi dari perkara yang sia2. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance