Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 16 February 2012

Budak-budak kena pandai tackle

Sepanjang aku jaga budak2 ni, aku dapat tangkap macam2 pe'el dorang. Ada yang senang nak bawa berunding, ada yang kau letak harimau depan dia pun dia buat dekkk je. 

Ada seorang cousin aku, kalau dapat nangis, kau hadapkan dia depan Hitler bersama M16 pun tak tentu dia akan diam. Entah apa dia nak. Kalau ikut rasa geram, memang rasa nak sangkut kat kipas ceiling, pasang volume 5 :P Tapi nama pun budak2, kena la pandai2 berdiplomasi dengan dorang. Pujuk, cakap elok2, tipu apa yang patut. Macam dia meraung nak mak dia, padahal mak dia da pergi kerja. Kena la pura2 cakap dengan telefon konon cakap dengan mak dia, suruh mak dia balik. Da macam orang gila rasa cakap sorang2 -_-. Dia diam la lepas tu, tunggu mak dia balik. Da ok, terus lupa mak dia, siap main joget2 dengan kucing T____T

Ada yang tak faham bahasa. Ya Allah, yang ni memang boleh buat kecut paru2. Tak tahu macam mana nak bagi dorang faham bahasa. Cakap bahasa Melayu, bukannya aku speaking London pun dengan dia. Dia nak benda yang takde. Cuba fikir macam mana aku nak wujudkan benda tu? Pening aku explain benda tu takde, tapi nak jugak. Haishhhhhh! Kadang2 hilang jugak sabar. Time2 ni memang kene istighfar banyak2. Then pujuk, cakap elok, explain elok2. Kalau marah lagi dorang tak faham bahasa.

Ada yang nakal nak mampus. Kita marah pun dia ingat kita main2 T_______T. Nak kejar kurung dorang, lagi ligat dorang lari. Siap jelir2 lidah lagi. Ingat nak main kejar2 dengan dorang. Yang ni dari rasa nak marah, nak gelak pun ada. Aku dapat tangkap siap la, aku geletakkan. Terus tak jadi nak marah, bertukar suasana senda gurau pulak.

Ada yang kita marah, dia marah kita balik. Garang kemain. Siap memek2 muka. Siapa patut marah siapa ni? Budak macam ni ugut je apa2, kalah la dorang. Alah budak2, senang kena tipu hahaha. 

Baby Haziq pun makin banyak songeh sekarang, nak tidur dalam pelukan je. Kadang2 Umi dia pergi mandi, aku tolong la dukung, pastu mulut dia merayap cari susu. Aku bagi jari pun dia hisap, bila dia tau kena tipu, meraung la dia hahahaha. Kecik2 da kena sakat dengan aku. I'll miss his smell kat UUM nanti :')

Budak2 ni kalau kita baik dengan dorang, melambung kita kena puji 'Ayong ni da la baik kan, cantik pulak tu, pandai masak' hahahahahha penipuan yang nyata, dorang ingat lunch tu aku yang masak. Aku dengar dorang sembang sesama dorang kat dapur. Aku punya la gelak, sebabnya aku baru tolong dorang buat apa ntah. Mengampuuu pandai!

Esoknya aku gaduh dengan dorang, kat meja makan jugak dorang mengumpat aku 'Eee bila la ayong nak balik, da la garang. Anyah (adik aku) jugak yang best kan, ayong tu da la tak cantik' T____T Habis madu sepah dibuang.

Apa2 pun, aku akan rindu nak main dengan dorang, jaga dorang, gaduh dengan dorang. Tak nak balik Sintokkk!!!!!!!! Nehi!!! Padayappa betul.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance