Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 22 January 2012

voucher RM200

Tadi aku dengan adik aku pergi Jaya Jusco Ipoh nak habiskan voucher 200 tu. Bab nak habiskan benda ni, bagi la kat aku, sokojap je, langsai. Aku beli 5 statutes, 1 buku insap2 sikit, stationery and 1 KOMIK. Komik kasi caps lock sebab memang besar weh komik tu. Ala2 Kamus Dewan, ha bacalah kau sampai muntah! haha. Eh komik tu bukan aku yang nak sangat, adik laki aku pow, sebagai kakak yang budiman, dan kesian dia dapat 100 je, maka aku belikan la hehe (ayat cover)

Ramai ya amat manusia tadi. First time aku nampak kedai buku gelap sebab manusia ramai. Kalau foreigners nampak ni, mesti mereka cerita pada rakyat jelata negara mereka 'you should go to Malaysia, people there really love books!' Ha kau tak tahu kerajaan bermurah hati bagi voucher, kalau tak orang pandang sinis je kat kedai buku tu haha

Boleh beli apa? Suka hati la kau nak beli apa yang ada dalam kedai buku tu. Macam MPH Ipoh tak bagi beli magazine. Popular Ipoh kau nak beli kitkat 100 keping pun tak pe aihhhh. It depends on the bookstore nak allowed kita beli apa. Kalau kedai buku kat Teluk Intan, papan carom pun boleh beli :P

Kerajaan bijak, bagi voucher. Kalau bagi cash, you should know where I'll invest those monies! haha. Tadi da beli benda wajib, ada lebih sekeping voucher, pening weh nak decide beli apa. Da biasa hidup susah, beli pen 80sen je, tak kan aku nak borong 50 batang pen pulak. Tu da macam nak meniaga balik. Lagipun stationery banyak habis stok, gelojoh tau rakyat Malaysia ni, makan pen apa? Pen warna warni pun takde, baru nak berlagak sem depan pakai pen mahal, tu la niat terpesong huehuehue. Nak beli kaler Luna 36, mak cakap buang tebiat. Ish mak ni, tak warna warni kehidupan betul. 

Sepanjang aku hidup bawah pemerintahan Pak Jib, nampak lah dapat RM300. 1 yang amanah saham tu. PM lain bagi rakyat cara impliedly kot. Aku lagi suka bagi camni (bajet PM baca blog aku) Haha. Apa2 pun orang da bagi, rembat je la ye dak? Jimat RM 200 aku, duit yang sepatutnye beli buku, boleh pergi water rafting! Yehaaaa! haha

2 comments:

  1. x p amik baucer pon lg..huuuu

    ReplyDelete
  2. hehe kenapa? cpt ambil, ad expired date. blh beli stationery byk2! akak lect kn? hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance