Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 29 January 2012

Tugas suami

Apa yang aku tulis ni, aku tulis berdasarkan apa aku rasa, aku ambil pengajaran dari apa yang jadi sekeliling aku. And aku luahkan kat sini, sebagai pengajaran and peringatan untuk diri aku and kalau sesiapa nak ambil as pengajaran pun, I would be grateful.  Aku bukan memandai je nak belasah tulis apa2. Tambah2 bab suami isteri ni kan. Verangan macam da kahwin 10 tahun, padahal bertunang pun belum. ha ha ha (gelak tak ikhlas)

Da tak payah bebel panjang2, mari merepek dari tengok AJL haha

Suami ketua keluarga. Ketua maksud dia, kene incharge semua. Suami la ketua bahagian nafkah, ketua hal ehwal rumah, ketua agama, ketua kepada isteri (s), ketua anak2. Apa yang aku nak tekan kat sini, ketua agama. Wahai gadis2 di luar sana, carilah bakal suami yang menjaga solatnya. Bukan jaga dia sorang punya, korang dia lantakkan, tapi yang ajak korang  bersolat sekali, ingatkan korang bila da masuk waktu untuk bersolat. Yang bila korang kahwin, mampu jadi Imam korang, mampu bertegas dalam displinkan anak2 hal2 fardhu ain ni.

Carilah suami yang lancar bacaan Quran nya. Tak perlulah demand nak yang faham semua tu, nak yang hafal dengan lancar 1 al-Quran, benda tu boleh belajar sama2 later. But the most important, kita boleh mengaji bersama-sama dia, dia boleh ajar anak2 mengaji, tak perlu ustaz nak datang rumah tiap petang. Kena hidang tea lagi hahaha. -_-

Sedih bila tengok ayah yang tidur dari pagi sampai Asar. Lepas maghrib keluar sampai Subuh. Nak nampak solat pun maybe time solat Jumaat dengan solat sunat hari raya, sebab kalau tak pergi nanti apa pulak kata jiran2, ye dak?

Tapi nak laki sebaik ni, diri kita pun kena la baik, ye tak ye Nadia? Yeeeee, jawab Nadia malu2

Selain dari itu (kenapa macam karangan BM ni). Abang2, pakcik2 sekalian, bila korang kahwin. Isteri tetap isteri, dia hanya akan jadi Ibu untuk anak2 korang, bukan jadi Ibu korang! Ingatlah korang ada tanggungjawab lagi kat mak korang, syurga korang kat kaki dia, bukan kaki isteri korang. Isteri yang mengada kakikan je haha Ok2 aku gurau. Pandai2 la handle isteri meroyan, jangan sampai mak terasa hati pun korang bolayan. Mak weh mak! Tak mak pun, mama, ibu, mummy, umi, ah sape2 yang lahirkan korang la senang cerita. 

Tau tak terguris hati seorang Ibu kalau anak yang dulu ditatang bagai minyak yang penuh, semua kehendak dituruti, tapi bila dapat isteri, lupa semua pengorbanan seorang mak. Tapi Ibu tetap tersenyum melihat anak bahagia (yeke bahagia da buat mak camtu?), walaupun bahagia tu bukan dengan dia. Cewahh aku, macam ada anak je haha. Takde lah, aku perempuan, aku faham perempuan macam mana. Hee.

Da la, malas ceramah panjang2. Just aku berdoa aku akan dapat laki yang boleh bimbing aku dengan anak2 tanpa sesaat pun mengabaikan mak ayah dia. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance