Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 7 January 2012

perempuan memang kuat membebel

Sementara nak tunggu Subuh ni, jom merepek sepatah dua kata. Baru habis satu paper. Hazab tahu nak jawab paper tu! Sumpah aku tak kan bukak company sendiri, company law buat aku trauma! Aku tak tahu apa aku jawab. Ah lupakan. Banking esok, pun aku tak faham. Apa ke banyak nya banking term, ishhhhhhhhh! Jangan mengeluh Nadia, dunia je semua ni huahuahuahua

19hb aku balik Perak. Da ada 1 senarai kertas A4 aku nak mak masak apa untuk aku hehe. Gian la nak makan masakan mak. Kat sini makan nasi sehari sekali je, diet diet! Diet duit and diet perut haha. Sebenarnya malas nak pergi keluar makan. Ayah selalu bebel 'makan pun malas', ayah tolong makankan boleh? hehe. Kadang2 aku makan petang, merangkap malam. Bukan saja jimat masa, malah boleh mengekalkan berat badan, or mungkin turun sikit :P

Kenapa dalam dunia ni ramai orang yang sakit jiwa tapi tak masuk hospital bahagia eh? Manusia yang tak boleh tengok orang senang sikit, senang banyak apa ntah lagi. Orang macam ni, luar bukan main budiman rupa parasnya, tapi dalam macam zombi yang makan otak zombi. 

Entahla, aku hidup ni dilahirkan sebagai manusia biasa, sangat biasa. Makan guna mulut, tulis guna tangan, takde kelebihan nak tulis guna kaki. Ada satu hati. Hati ni la nak gembira, hati ni la nak bahagia, hati ni jugak la nak koyak, hati ni jugak la nak sentap. Banyak kerja kau hati, terus bertahan eh, aku sayangg kau. Tanpa kau, aku hanyalah manusia tanpa hati dan perasaan hehe.

Kadang2 kesian kat hati. Banyak makan diri sendiri, banyak pendam rasa. Tu la, siapa suruh tak reti luahkan rasa hati, padan muka kau Beron! haha

Hati ni jugak la nak jaga hati orang lain. Kadang2 aku tak mampu, its out of my control. Bila aku da mula rasa nak penat dengan sekeliling aku, cepat2 aku berdoa. Allah kan Maha Mendengar, dekat Dia je aku pandai luah perasaan. Dia Maha Memahami. Bila berinteraksi dengan Allah, hati akan tenang. Aku kembali positif. Que Sera Sera. Allah, tunjukkan aku sebaik-baik jalan yang diredhaiMu. Amin

21 tahun hidup, eh 22 to be. Ya Allah, tuanya rasa da nak 22 woiiiii! Woiii lagi sekali. Oiiiii (tak boleh terima kenyataan). Macam2 pengalaman hidup aku alami, macam2 jenis manusia aku jumpa. Macam2 benda aku belajar. Dan aku harap dapat terus belajar, belajar, belajar untuk mencari redha Allah. Satu benda yang aku tak kan lupa, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Jangan terlampau serabut dengan hal dunia, kerana semuanya bersifat sementara. Jadikan syurga sebagai target. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. :) Ameen. Ayuh Subuh!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance