Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 6 January 2012

paranoid

Paranoid adalah bukan parody. Paranoid membawa maksud masalah mental, bila kita curiga untuk sesuatu yang tak rasional! Aku rasa aku ada penyakit ni. Aku baru perasan, aku takut nak call orang. Aku takut aku kacau dorang. Aku selalu fikir, mana tau dorang tengah tidur ke, bercinta ke, mandi ke apa ke. Nak call mak sendiri pun aku ragu2.

Mak ni tengah sembahyang ke? Tengah dating dengan ayah ke? Tak kacau dia ke?

Psycho tak aku? haha. Aku rasa aku psycho (boleh tukar nama blog ni :P). Aku cek call out handphone aku, ada berapa ketul je. Tu pun mesti aku call untuk benda yang perlukan jawapan segera. Selalunya orang yang call aku. Bila orang call aku, macam mana pun, aku akan try ada kan masa untuk bercakap dengan dia.

Macam mana nak ubah perasaan ni eh? Aku kalau call orang, aku berdebar-debar nak tunggu dia pick up. Takut kena maki ke apa ke wuuu. Eeeee psycho nya guaa. Ke korang pun ada penyakit camni??

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance