Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 23 January 2012

kerja kahwin

Cuti2 ni adatlah, orang semua berebut nak buat kenduri kahwin. Sepanjang perjalanan ada je nampak bunga mangar, signboard nama pengantin dekat tiang2 trafiic light. Tadi aku pergi kenduri kahwin kawan aku punya kakak. Dapat la jumpa berapa ketul classmates time sekolah rendah dulu. 

da boleh jadi mak ayah masing2 :P haha

Benci tau dengan budak laki. Dulu time kecik2, aku ketuk2 je dorang, sekarang lipat 2 dorang baru dapat aku! Laki paling kanan (Farid) dengan perempuan tudung merah (Farah) depan dia tu, kembar. Muka tak sama langsung, sorang putih sorang gelap haha. Tapi nama pun kembar, sampai masuk universiti pun universiti yang sama. Korang memang tak boleh pisah eh? hehe. Laki belakang aku (Mamat) sampai MRSM sekolah dengan aku, so dengan dia je aku banyak bercakap. Dengan yang lain I sogannn muahahaha. Farid kata aku dengan Mamat macam adik beradik. Celah mana ntah? haha

Bulan depan ada kawan aku sendiri nak kahwin. Wah2, da nak kahwin kawan2 aku. Yela, sedar diri sikit Nadia, masing2 makin tua, jangan bajet kau forever 21 :P Ada sorang kawan aku da ada anak pun. Ya Allah, anak dia tak nak comel sangat pulak, tembam, cheeky. Untungnya muda2 da dapat anak, aku anak tekak je ada :P

Tadi ada kawan aku tanya bila aku nak kahwin. hahaha Aku?? hahahhaha Aku??? hahahha -_-''. Sampai jodoh nanti kahwin la. Tengok balik diri sendiri, rasa tak sedia langsung. Tapi orang kata nak tunggu da betul2 bersedia, sampai tua la kau tak kahwin.

Jangan risau la kawan2, aku kahwin nanti aku jemput korang, doakan je hahaha

Kawan : Nad, kau bila nak kahwin?
Aku : Esok, jemputlah! hahaha :P Mana la aku tau bila, lepas2 habis study kot
Kawan : Bila habis?
Aku : Tahun depan
Kawan : Hah apa lagi, kejap je la lagi
Aku : Oi tak kan lepas grad terus nak kahwin, gelojohnya! haha
Kawan : Da tu nak tunggu apa lagi.
Aku : Tunggu orang masuk minang aku la haha

Kawan aku tu lelaki, bakal cikgu. Kau senanglah, kerja confirm2 ada. Suruh aku cepat kahwin macam belanja kahwin tu harga RM1.20 jeee :P. Kau elaun pun RM700 sebulan, kau kahwin la dulu. Sibuk suruh orang kahwin :P

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance