Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 27 January 2012

G6PD tu penyakit keturunan tahu!

10 tahun kebelakangan ni, cousins aku yang lahir kebanyakan dapat penyakit G6PD terutama lelaki. Ada la seorang dua perempuan yang kena. Yang aku pelik, kami yang lahir area 10-30 tahun lepas tak de pulak penyakit ni. Ke time tu mesin nak detect penyakit ni tak wujud lagi? haha. 

Penyakit ni tak bahaya sangat. Bahaya kalau enzim dia betul2 kurang. Dia banyak stage jugak. Ada cousin aku yang intermediate, ada yang Line C, ada yang Line 7. Ok line 7 tu jenama sukan sebenarnya. Penyakit ni adalah kekurangan enzim yang boleh memusnahkan darah merah (nampak benor ayat copy paste Beron! haha) Bahasa senang nak imagine dia, siapa ada penyakit ni darah merah dia senang mencair haha Sesuka hati kau je Beron. Pesakit penyakit ni kene pantang sesetengah ubat and makanan. 

So sesiapa yang ada anak penyakit ni, jaga2 la. Pergi la buat research sendiri, tak de masa aku nak tolong haha. Entry ni hanyalah untuk peringatan :) Seorang cousin aku pernah tersalah makan ubat ke apa ntah, maka hasilnya kene tukar darah 1 badan (if I'm not mistaken) Habis la darah India, Cina, Pahlawan, seniman semua ada dalam badan kau haha.

Ada doctor cakap tak boleh makan kacang parang, ada cakap tak boleh dekat dengan ubat nyamuk yang melingkar tu. Tapi aku rasa ikut ketahanan antibody pesakit jugak. Cousin aku ada penyakit ni, elok je dengan ubat nyamuk. Ubat nyamuk yang menyala la, yang dalam still dalam kotak tak boleh dekat jugak over la! Ubat gegat pun tak boleh. Maka conclusion yang dapat dibuat, rumah siapa yang banyak lipas mesti penghuni dia ada penyakit G6PD. Yee, aku memang sesuka hati nak cakap apa hari ni haha


Baru keluar panas dari rahim Umi dia semalam. Abdul Haziq Jufri. And yes, another boy in my family yang kena G6PD Line C. Tak pasal2 kena duduk hospital lagi seminggu. Kamonnn, duduk 9 bulan dalam kawasan terhad kamu boleh bertahan, ni kan pulak duduk dalam wad. Ada aircond lagi, nurse2 pelatih cun2 tau. Sabar ye, jangan mengamuk. Sian kamu dik. Takpe, nanti ayong datang cium2 kamu eh. Welcome to our family. You'll never regret to be part of us :P G6PD ni hanyalah satu ujian kecil Allah untuk keluarga ni huehuehue. Kamu ada anak saudara yang da pandai berlari pun haha. Muka macam abang dia Hadif, tapi Hadif gelap sikit. Aku yakin nakal pun macam abang dia nanti, tengok la cara dia senyum tuuu +__+ (pengsannn)

Kepada bakal suami, janganlah takut nak kahwin dengan aku. Penyakit ni tak berbahaya pun. Kalau anak2 kita kena alert sama2 eh hahahhahaah  -_-''

*berjaya jugak buat entry separa ilmiah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance