Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 28 January 2012

beringatlah, kesenangan juga merupakan satu ujian

Dulu aku ingat susah je merupakan ujian Allah. Tapi aku lupa yang Allah jugak bagi kesenangan kat seseorang untuk menguji dia, macam mana dia uruskan kesenangan itu, adakah kesenangan itu akan melalaikan dia. Ya Allah, kalau kesenangan dunia membuat aku jauh dariMu, jauh dari keluargaku, jauh dari kawan2, hindarkanlah. Jadikan aku manusia yang bersyukur dengan setiap nikmatmu.

Kadang-kadang sebab hidup senang sangat, kita lupa siapa yang bagi kesenangan kat kita. Kita tak solat, tak tutup aurat, tak reti bersyukur. Habiskan segala harta untuk benda yang tak berfaedah, ajar anak dengan kemewahan. Bayangkanlah budak umur 4 tahun sudah miliki Ipad, MP4, PSP, camera digital sendiri. Aku umur 4 tahun mak hadiahkan buku cerita je, sebab baru pandai membaca. And walaupun da umur 22, aku tetap tak punyai semua tu, aku hanya punyai satu MP3 yang aku guna sejak lepas SPM. Tapi aku bersyukur, aku tak dimanjakan dengan material. Style family aku, no give, no take. Dapat number 1 baru la dapat hadiah, tu pun tak melampau sampai beribu ringgit.

Kadang-kadang bila duit bertimbun, kita lupa siapa yang jaga kita dari kecil. Kita jadi lupa kat mak ayah kita. Terlampau seronok berjimba dengan duit yang ada, pusing satu dunia. Tak sedar mak ayah kat rumah menitiskan air mata, rindu kita yang jarang pulang melawat mereka. Sedarlah wahai manusia, setitik air mata ibu jatuh sebab kita, neraka la jawabnya. Nauzubillah. Duit melimpah ruah, hari-hari makan mewah, tapi lupa mak ayah kat kampung makan nasi dengan kuah.

Aku amat respek dengan manusia yang sedar diri. Sedar yang semua yang kita ada hanya pinjaman duniawi. Walaupun duit berguni-guni, tetap merendah diri. Anak-anak nak apa-apa, usaha sendiri. 

Janganlah sebab kau rasa harta kau tak habis dimakan 7 keturunan, kau rosakkan masa depan anak-anak kau. Janganhlah sebab nak sangat jaga harta, sampai lupa mak ayah kita. Jangan! Jangan! Jangan!

Bila lihat balik apa jadi kat sekeliling aku, aku bersyukur ayah aku didik kami dalam hidup yang sederhana, cukup-cukup pakai, makan, tempat tinggal. Aku tak perlukan kemewahan andai satu hari nanti ianya menjadi punya perbalahan. Aku tak perlukan harta segunung, andai akhirnya ia akan menyebabkan tumpahnya air mata mak ayah aku satu hari nanti.

Benda paling aku benci, melihat air mata ibu bapa sebab kecewa dengan anak-anaknya. Benci! Benci! Benci! Learn from surrounding Nadia. Learn!

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance