Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 20 January 2012

aku nak masuk sem 6 da :D

Did I tell you I'm at home now? haha Bongkak dan riak statement aku. Bongkak dengan diri sendiri. Semalam aku sampai Tol Kuala Kangsar time maghrib. Dijemput ayah and Fatini. Is and Maria hantar kat tol, thank you guys. Semalam singgah rumah nenek Is, sempat la makan kuih2 and tumpang solat. Kucing nenek Is makan coka coki wehhh. Can you imagine kucing makan coka coki? Haha Comel! Da la mata biru. Aku pulak pergi bengong tanya Mak Uda Is "Kucing ni makan coklat tu sendiri ke?" Kena bantai gelak, Mak Uda dia jawab "Kalau dia makan sendiri, Mak Uda da masukkan dalam YouTube" :P

Kadang2 tak percaya yang aku nak masuk sem 6 da tahun depan. Bulan 6 tahun depan aku da habis belajar, InsyaAllah. Tadi discuss about future dengan Puan Mak. Puan Mak suruh ambil chambering, ikutkan aku macam malas :P Haha Dasar pemalas, aku ingat nak masuk service kerajaan terus, tapi mak suruh ambil chambering, ikut kan je la. Restu mak itu penting ok. Sampai topik kahwin pun bincang tadi huahuahua. (angkat2 kening)

Sebulan cuti ni nak buat ape ntah. Duit pun takde. Simpanan sikit tu ada target lain, hidup kalau fikir nak berjoli je, memang duit tak pernah cukup :P Jaga Fatini je la. Makin gedik and garang perempuan tu. Hari ni berapa kali gaduh dengan dia. Tadi dia punya marah sebab aku marah dia, dia pergi kat pintu tendang2, then datang balik kat aku, buat muka geram, cubit aku hahahaah. Lepas tu, mengamuk tak reti gulung lidah, sebab aku boleh buat. Siap merajuk tutup muka haha Kenapa la kau gedik sangat Tak Nyah oiii?

Nanti aku update lagi, sebulan cuti kannnnnnnnnnnn muahahahaha (macam aku sorang cuti :P)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance