Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 2 January 2012

aku kayu

Aku rasa da 10 komen yang sama aku terima yang cakap 'perangai kau macam boyfriend aku la'. Derrr, samakan aku dengan laki dorang pulak, kalau samakan dengan Aaron Aziz ke Adi Putra ke ok la jugak haha. Tapi kalau da 10 orang cakap benda yang sama, aku rasa betul la kot T_T

Aku perempuan yang tak reti aku tunjuk apa aku rasa. Macam laki cool, yang macam takde perasaan, padahal caring gila. Kau pernah dengar cerita tak macam laki ni tak pernah cakap I Love you ke apa, bila perempuan tu kene kacau dengan laki lain dia buat bodoh je, tapi sebenarnya belakang perempuan tu dia belasah laki tu without pengetahuan perempuan tu. Ha aku rasa aku camtu, aku tak reti nak show care depan2. Kalau aku risau like hell pun, aku tetap boleh gelak, tapi dalam hati Allah je tahu, Allah je tahu apa aku buat dalam diam. Tapi takde la aku nak pergi tumbuk perempuan yang kacau bf aku hahaha Tu sycho namanya, da macam wrestler.

Kalau aku terasa, aku buat2 takde pape berlaku. Aku maafkan orang tu dalam diam. Buat apa nak gaduh pang pong pang kebaboommm fiuuuuuuuu BOMMMM! Ok cukup Nadia. Buat apa kalau untuk benda kecil? Kalau da tak tahan baru aku cakap, tapi aku tak meletup, tiba2 nak maki sana sini. Cakap biar berbahasa, sesungguhnya budi bahasa itu budaya kita keh keh keh

Aku memang dapat perangai ayah. Ayah aku laki kayu, tapi sweet dalam diam. Buat macam tak kisah je, tapi tiap malam seludup dalam bilik kitorang bawa torch light cek penjuru kot2 ada binatang berbisa ke. So jangan salahkan aku jadi camni, salahkan ayah hahahaha. Tak lah ayah, memain je. I Love you so much, and I adore u too much. Nadia da faham cara ayah, and I love that. And I miss u badly now :(

And lagi satu, dengan aku kau kena cakap straight forward apa kau nak. Kalau nak manggis, tapi cakap 'ee sedapnya manggis', memang aku tak beli. Just cakap 'eh belikan manggis untuk aku' then dengan senang hati aku pergi beli. Bukan apa, aku tak reti nak buat pilihan yang macam 'eh dia ni nak ke tak, tak cakap pun suruh beli'. Get it?

macam kucing ni, dia tak cakap nak ke tak, terus peluk je :P

Kawan aku pernah cakap, aku tak boleh dapat boyfriend macam aku jugak, nanti cold je perjalanan relationship and lama2 akan ada jurang yang besar. Ok, biar aku sorang je yang kayu. Aku kena cari laki macam pemotong kayu, supaya dia dapat shapekan aku dari kayu balak mungkin jadi almari, banyak gunanya haha.

Dear future husband, please sincerely accept me for who I am. Please try to understand me. Its not I'm ignore what you feel, just tell me the truth, directly, and we can share everything together. I'm a good listener. Ehem!

And aku tak boleh ubah diri aku sepenuhnya, ini aku. Hati aku, aku tak mampu nak jadi hipokrit. Kalau boleh ubah pun, adalah atas inisiatif sendiri, bukan sebab orang lain, and mungkin bila dapat hidayah Allah :)

Bila aku baca balik pasal diri aku, haah aku pelik, complicated jugak. Nasib la siapa yang kena deal dengan aku sepanjang hidup dia. I wish you luck! hahaha Harap bersabar. Maybe there is some part in you which also need me to be patient, need me to understand you more. Kita tahu manusia tak sempurna kan? Untunglah kalau dapat 100% yang memenuhi piawai SIRIM kau ;)

Bila kau sayang seseorang, kau akan telan segalanya pasal dia. Apa yang kau tahu, kau nak hidup dengan dia no matter what. Tapi jangan jadi bodoh kalau sampai menyeksa diri. Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia? :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance