Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 2 December 2011

Suami; jangan diperbodohkan isteri pleaseee

Syurga di bawah tapak kaki suami, bukan isteri. Bagi lelaki, syurga di bawah tapak kaki ibu. Para suami sekalian, janganlah tunduk sangat pada kehendak isteri. Sayang isteri berpada-pada. Kalau da over, lempang je hahaha. Aku bagi ceramah, macam aku da kahwin. :P

Tapi dari mata remaja aku (auwww geli nak remaja2 lagi), aku cukup pantang tengok laki yang terlampau manjakan isteri sampai lupa mak sendiri. Apa kau lupa siapa yang lahirkan kau? Apa kau lupa siapa yang didik kau sampai kau layak kahwin? Apa kau lupa siapa yang menyusukan kau? Bukan isteri kau yang penting.

Kau ignore mak kau sebab isteri, ibarat kau buang syurga! Waduh waduh waduh, orang tergagau-gagau cari syurga, kau senang2 je nak campak ye. Hebat nampak bang?

Yang isteri pun, consider boleh? Kau kahwin dengan suami kau, maknanya kau kahwin dengan tok nenek mak ayah kak long angah adik dia semua. Ada faham? Yang kau nak control laki kau sangat kenapa? Dia ada tanggungjwab lagi kot kat mak dia. Nanti menantu perempuan kau buat kau macam tu baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah. 

Sebelum ada isteri, kemainnnnnnn bermadah pujangga dengan mak

"mak, nanti Dolah da besar, Dolah nak bina banglo untuk mak."

"mak, Leman janji akan balas jasa mak bila Leman da kerja besar nanti"

Sekali da kahwin, takut bini. Boooo! Janji ke mana, apa ke mana. Kamon der, kau ketua keluarga, kau yang patut tentukan hala tuju keluarga kau, bukan bini kau. 

Seburuk mana pun mak, dia tetap mak. Apa ntah lagi mak yang selama ni mentang kau bagai minyak yang penuh. Tolonglah, aku sedih tengok laki yang macam lembu kene tindik hidung. Ikut je semua kehendak isteri, tak reti membantah. Isteri mintak banglo 5 tingkat, beli. Isteri mintak furniture mahal2, beli. Isteri merengek tak nak tidur kampung suami, gigih cari hotel. Alasan, tak nak gaduh, sian anak2. Itu bukan tak nak gaduh, tu namanya kau bodoh. Mak kau kecik hati, tak fikir pulak?

Mak kot weh! Satu dalam dunia. Isteri pun kau boleh ada empat. Yang kau nak takut sangat kenapa? Hilang isteri boleh cari, hilang mak, menangis la kau 900 hari, tak de gantinya der. 

Ya Allah, bukalah pintu hatiku seluas dan seikhlasnya untuk menyayangi mak mentua ku kelak sebagaimana aku menyayangi ibu kandung ku. Janganlah aku menjadi penyebab suamiku kelak menjadi anak derhaka kepada bondanya, lalu diseret ke neraka. Nauzubillah. 

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance