Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 16 December 2011

solat dan bahasa arab

Seingat aku, aku belajar solat umur 6 tahun. First telekung aku, kalau tak silap aku dijahit sendiri oleh nenek aku and kalau tak silap aku lagi, tu lebihan kain kapan arwah moyang aku or nenek saudara. Perghh, mak aku, dari kecil memang da mengajar aku mengingati mati T__T Significant nya, telekung tu untuk sembahyang, dan solat itu preparation untuk mati. Bijak bijak buat conclusion sendiri haha

Dulu time kecik2, aku solat maghrib je, balik2 main, pergi mandi, dan solat. Suci dalam debu rasanya time tu, after that mengaji. Maghrib senang nak perform sebab 3 rakaat je, Subuh walaupun 2 rakaat, tapi pagi sangat huhu Jahil rupanya aku dulu. 

Makin besar, makin banyak waktu aku solat :P Bila masuk MRSM, aku da jarang tinggal solat, sebab time tu aku homesick. Bila homesick, teringat parents, so sebab kesian kat ayah nak tanggung dosa aku, maka aku solat. Jon betul perangai, niat terpesong sikit. Takpe, niat boleh diperbetulkan hehe. Tapi aku jarang2 sangat pergi solat jemaah unless maghrib. Tak tahu kenapa aku tak pernah ada masalah dengan maghrib, mungkin nanti mati area2 time ni ;p

Da besar ni, da faham konsep solat. Takde lah saje2 nak tinggal. Kalau tinggal mesti rasa tak tenteram jiwa, Alhamdulillah :) Solat kan tiang agama.

Tapi selama ni, aku solat sekadar solat. Dari takbiratul ihram sampai salam, aku just buat berdasarkan yang diajar. Baca ni, baca tu, tangan macam ni, tangan macam tu. Honestly aku cakap, aku tak faham apa yang aku baca, aku just hafal. Its like kau study untuk exam, kau tak faham, tapi kau hafal each words, result memang gempak but the ILMU you didn't get actually. So the same concept here, orang cakap 

'Bagus budak ni, tak tinggal solat'

But intipati solat tu tak meresap dalam jiwa aku, tak feel orang kata. Aku tak kata kalau tak faham apa yang kau baca, solat kau tak sah. Bab sah ke tak ni, aku tak berani nak sentuh sebab I'm not expert bab2 hukum Allah. But you know, bila da makin besar, rasa macam

'Apa sebenarnya point aku solat ni? Apa yang aku baca selama 21tahun ni?'

Aku rasa antara sebab tak faham apa yang dibaca la, ramai orang yang solat but still 'jahat'. Am I right? Then tiba2 terfikir, kan best kalau aku faham bahasa Arab, yakni bahasa al-Quran. Senang hidup, baca al-Quran pun bukan sekadar baca.

Tu la Beron, dulu time kelas Arab kau main2, time exam nak masuk sekolah agama, akademi A, Arab D! Failed failed! Time sekolah menegah, nak exam Arab, hafal jawapan, last2 ni la jadinya. Tahu maksud Assalamuailakum and few simple words je. -_-

Nak menyesal sekarang pun tak guna. Nak belajar balik pun entah bila. So, aku ambil inisiatif lain. Aku google maksud ayat2 dalam solat. Aku fahamkan by ayat, not by words. Alhamdulillah, sekarang aku da faham setiap ayat yang aku baca (masih belajar). Honestly, solat kau akan lagi bermakna kalau kau faham apa kau baca. Its like direct communication with Allah. Selama ni entah apa la aku baca antara dua sujud, now i know, maksudnya;

ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku, tutuplah aibku, angkatkan darjatku, berikan aku rezeki, berikan aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku.

It's has a meaningful meaning right? :) Setiap words dalam solat, adalah doa. Ya Allah, istiqomahkan aku dalam mendekatkan diri padaMu. Ameen.

Hari tu, ustaz suruh hafal 47 terms in Arabic of Islamic Banking Law. Terkangkang nak hafalnya haha. Hibah, riba', musyarakah, mudarabah tau la jugak aku. Yang lain, haremmm! Hey bakal anak2ku, nanti korang wajib belajar Bahasa Arab, English, Malay, and Mandarin tahu! haha Gila diktator aku. Berangan, entah sempat ada anak ke tak T_T

2 comments:

  1. aku pun seyes rs nak blaja bahasa arab..
    gara-gara dengar khutbah ms kat mekah aku xfhm..
    trus rs rugi giler..

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance